Friday, 5 January 2018

HARI PERTAMA DI TAHUN SATU....APA YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN?









Hye,
Assalamualaikum... :)

Hari ni aku nak kongsi sedikit pengalaman aku bila anak aku yang sulung masuk Tahun 1.
Ni first time aku sebagai ibu bila anak dah start masuk sekolah. Mula mula memang risau. Boleh ke anak aku sesuaikan diri? Macam mana dia nak beli makan? Macam mana kalau nak ke toilet?Berani ke bagitahu cikgu?......

Semua soalan soalan tu berlegar legar di kepala aku bila dah dekat dekat  sekolah nak buka. Itu normal bagi aku. Sindrom mak mak memang macam tu kot.!!
Tapi setelah 2 hari anak masuk sekolah, semua kerisauan aku hilang. Anak aku dah besar. Dan sebenarnya dia boleh berdikari bila aku tak ada!

Macam mana aku tahu?? ...hmmm actually masa hari pertama, sehari aku berada di sekolah! Temankan dia...Pagi tu aku hantar dia sampai ke kelas. Tempat duduk aku letakkan dia di baris hadapan. Aku lebih suka duduk depan. Supaya dia lebih fokus dan tak main main.
Lepas tu aku pesan dekat dia, kalau nak ke tandas bagitahu cikgu. Kedudukan tandas awal awal lagi aku dah cari. Masa hari orientasi tu aku dah cari tandas sesiap. Dan aku bagitahu dia di mana kedudukan tandas. Ni penting supaya anak aku  tak tercari cari bila time nak membuang tu datang.  Anak aku angguk tanda faham.

Lepas ambil tempat semua tu, aku keluar dan tunggu di pondok di depan kelas dia. Aku biar je dia dalam kelas. Dan tengok dari jauh. Tengok dia okey je. Duduk diam tak jalan jalan dah :::)

Aku tak tahu apa yang dia pikir time ni..

Kedudukan dalam kelas. Aku letakkan dia di depan.

kawan kawan masa tabika sekelas dengan dia.

Then bila time rehat tu, aku tunggu jugak. Hari pertama aku nak tengok keadaan dia macam mana. Aku bekalkan dia air kosong dengan nasi lemak. Ok rupanya waktu rehat cikgu akan tolong dan pantau anak anak untuk membeli. Alhamdulillah.....aku lega sikit. Aku biar je dia berbaris dengan kawan kawan untuk ke kantin. Lepas dia menghilang bersama kawan kawan dia, baru aku ikut dari belakang. Tu pun dari jauh.

berbaris untuk ke kantin

berbaris untuk ke kantin bersama guru kelas


Sampai di kantin aku cari anak aku. Ok....dia dah pandai bawak diri sendiri. Cari meja sendiri. Cuci tangan dekat sinki. Good.!! Tu yang aku nakkkk. Walaupun ada sedikit risau, tapi aku percaya pada cikgu. Aku tengok dia makan nasi lemak. Dah separuh dia makan baru aku datang dekat dia.



Pandai cari meja sendiri, cuci tangan dan makan.






Aku tanya dia "kakak okey ke?" Dia angguk dan senyum.... :)
Lepas makan aku suruh dia masuk kelas sendiri. Dan aku pesan dekat dia nanti nak balik tunggu ibu dekat pondok depan kelas, dan jangan pergi ke mana mana. Kata aku tegas.  Dia angguk faham.

Masa nak balik aku datang awal setengah jam. Sengaja aku datang awal untuk perhatikan dia. Aku duduk di pondok dan perhatikan dia di dalam kelas. Aku nampak anak aku bangun dari kerusi dia dan datang dekat cikgu dia. Nampak dia bisikan sesuatu. Hmmm.. rupanya nak ke tandas.! Good...dia dah berani beritahu cikgu untuk ke tandas. Sebenarnya aku paling risau dia terkucil dalam kelas. Memandangkan pengalaman terkucil 3 kali  semasa di Tadika.

Okey time balik tu nampaknya dia faham apa yang aku ajar. Jadi tak ada lagi kerisauan aku untuk tinggalkan dia di sekolah. Good job untuk hari pertama.!!


Nak balik dahh..

Berjaya harungi hari pertama :)






Time sekolah KAFA pun dia dah seronok. Jumpa kawan kawan sekelas masa pagi tadi. Dan macam biasa aku cari tandas dulu dan tunjuk kat dia dimana tandas. Then bawa dia pergi kantin ajar dia macam mana nak beli. Time rehat tu dia dah pandai beli sendiri. Aku tanya dia beli ape? Dia cakap beli air oren. Dan aku akan biar dia belajar sendiri. Berdikari...

Kawan masa tabika...Ilham dengan Wan Nuha


Masa ni dia beli kacang

ok...aku suruh tunggu untuk duit baki

hahaha...dia dah suruh aku balik








Memang norml ibu ibu merasa risau akan anak anak. Tapi sebenarnya bila kita tiada, anak anak lebih berdikari sebenarnya. Dalam kelas pun mereka  dah rancang "nanti rehat kita makan sama sama". Biar anak belajar buat sendiri. Itu semua proses untuk dia lebih berdikari dan menjadi matang.

Untuk anak ibu Sofea Amani, semoga di permudahkan urusan dalam menimba ilmu.
Aminnn...

Inilah sedikit perkongsian aku semasa hari pertama anak masuk sekolah.
Jumpa next entry k :)


Thursday, 28 December 2017

PERSEDIAAN UNTUK PERSEKOLAHAN ANAK ANAK!! MAHAL ATAU MURAH?? - PART 2



                                                         BACK TO SCHOOL!!




Hai....okey seperti yang dah ku janjikan dalam entry lepas, jom aku cerita sikit pengalaman aku dalam persediaan untuk menyediakan keperluan persekolahan anak anak. Sesi 2018, 2 orang anak aku masuk sekolah. Si sulong masuk darjah 1. Yang tengah si Ecah masuk pra sekolah.

Ok...aku cerita dulu bab untuk persediaan si Kakak. SOFEA AMANI.

Untuk si kakak. Ni kira first time aku beli keperluan untuk masuk tahun 1. Maklum la anak sulung.
Haaaa....memula tu kena kejutan budaya jugak aku masa time nak shopping tu. Mahai gila baju sekolah. Baju dan kain di jual asing asing. Baju sahaja Rm 30++. Yang Rm 40.++ pun ada. Ikut brand. Kain pun Rm 30++...huaaa total RM 60++. 
Tu baru sepasang. Tak kan aku nak beli sepasang je. Kurang kurang pun 2 pasang. Untuk rakyat marhaen macam aku ni, kena tengok poket jugak.😂

Ok,,,,rilex..rilex...bertenang dulu. Cakap dekat laki aku, "kita survey servey je dulu. Nanti beli". Banyak tempat juga la aku survey. Dari shopping mall sampai la ke kedai kedai. Akhirnya dapat la harga yang sesuai aku kira,. Korang nak tau aku beli kat mana?......Ten Ten je. Brand New Bery. Lepas belek belek kain dia aku puas hati. Tak jarang. Lembut elok.

Harga baju RM 22.99, kain RM 15.50 . Kain jenis cotton. Memang aku nak cari kain jenis ni. Kain elok tak jarang. Tudung pulak dalam RM 13.99. Aku amek 2 pasang untuk setiap item.. So total RM 104.96. Baju, kain dengan tudung. Jimatkan!!!



ni baju yang aku ambil. Brand New Bery. 

2 pasang baju dan 2 tudung. Total RM 104.96

Beg sekolah pula aku beli dekat Pusat Pakaian Hari Hari. Harga dapat RM 64.90 . Tu pun merata juga aku survey. Dekat si kakak aku beli beg jenis beroda. Masuk tahun satu banyak buku. Kesian dia nak galas berat berat nanti. So aku decide beli jenis ada roda. Senang!!



Beg pilihan si kakak macam biasa la Frozen. RM 64.90

Kasut dia aku beli dekat Pacific, Taiping Mall je. Kiki Lala. Ada promosi back to School. So aku beli sepasang untuk dia. Harga dalam Rm 23.90..stokin dia aku beli dekat hari hari. beli sekali dengan si adik. Harga RM 7.50. Brand Jonny & Jenny.



kaki si sulong dah nak sama besar dengan kaki aku dah..Bila test aku pun boleh pakai kasut dia ni ..


Untuk keperluan alat tulis pun aku beli dekat Pacific je. Biasa la promosi back to school. Jadi aku borong je la apa yang patut. Kakak dengan adik semua aku shopping kat situ.





Pencil box aku beli dekat kedai RM2..memang jimattt!!hehe

Dah siap untuk baju. Untuk buku buku aku dah shopping awal lagi di koperasi sekolah. Cikgu dah bagi list untuk keperluan buku buku tahun satu. Jadi aku shopping siap siap. Total dalam RM 58 termasuk baju sukan 2 helai.





Ni semua aku beli siap siap. kalau beli time orientasi jenuh la.....




Untuk seluar track aku beli dekat The Store. Sehelai RM23.90. Jadi aku ambil 2 pasang. So total untuk kakak semua RM 307.06.. Baru seorang anak. Kalau ramai korang kira la sendiri.
Okey...selesai bab kakak. Ni di bawah aku sertakan gambar untuk tatapan korang semua. 



Ni lah barang banrang sekolah untuk si kakak.






Now nak cerita pasal si adik pulak . Siapa lagi kalau bukan si nakai SOFEA ALEEYA @ Ecah. Yang ni pening kepala aku. Beg boboboi yang dia minta. Jenuh merata Shopping Mall aku pergi. Mahal pulak tu. Last last dapat dekat The store. Rm 39.90....hmmmm.





Baju dengan seluar track suit dia aku beli dekat situ jugak. Sekali dengan alat tulis dia semua aku beli dekat situ jugak. Baju putih aku ambil 2 helai. Harga sehelai RM10.90. Seluar pun brand yang sama aku ambil RM 23.90. Aku ambil 2 helai. Total baju dan seluar RM 69.60.








Untuk uniform sekolah, aku dah order dekat cikgu. Sementara nak siap, pakai track suit dengan tshirt putih dulu ke sekolah.

Kasut dan stokin dia aku beli dekat Pusat pakaian hari hari je. Jenuh cari saiz. Sebab kaki dia kecik je...aku beli brand John & Jonny je. Murah. Rm 12.90 je sepasang. Aku amek 2 pasang untuk dia.So total kasut untuk 2 pasang RM 25.80. Stokin pula RM 6.90 untuk 3 pasang.







Untuk alat tulis aku beli dekat Pacific, Taiping Mall.  Total untuk semua ni RM 33.05. Paling aku tak tahan dia punya pencil box. Bentuk kereta yang dia nak...adoiii..Pencil box ni aku beli dekat kedai RM 2....hehe memang jimat banyak.  Total semua untuk si Ecah je dalam RM 173.25.

pencil box dekat kedai rm2



Ni semua barang barang untuk si Ecah..


Jadi ni lah dia sedikit perkongsian dari aku sempena persediaan persekolahan anak anak. Boleh tahan jugak la dekat RM 500 untuk 2 orang anak. Belum termasuk yuran bagai. Untuk persediaan sekolah KAFA minggu ni baru aku baru aku nak  shopping . Hmmm...tepuk dada tanya poket dulu.. ;P

Nanti aku share pula pengalaman orientasi si Sulong. Jumpa next entry k. Byeeee....

PERSEDIAAN UNTUK PERSEKOLAHAN ANAK ANAK!! MAHAL ATAU MURAH?? - PART 1






Hai semua...
Assalamualaikum....

Ya Allah, lamanya tak menulis di blog ni. Dah bersawang berhabuk bagai dah😅
Sebenarnya sibuk dengan kerja, anak - anak, keluarga dan komitmen lain. Now ingat nak start aktif balik dah. 

Lagi kurang dalam 4 hari je, kita nak melangkah ke tahun baru 2018. Ha....ibu dan ayah sekalian, korang dah siap ke shopping barang barang persekolahan anak anak?? Macam aku, untuk sesi persekolahan sesi 2018, 2 orang anak bersekolah. Yang sulong masuk tahun 1 dan yang no 2 masuk Pra sekolah 5 tahun.

Hmmmm....jenuh juga la nak shoping keperluan sekolah kali ni. Free free sikit nanti aku share kan macam mana persediaan kelengkapan anak anak aku sendiri. Jumpa next entry k...bye!!