Hye,
Assalamualaikum... :)
Hari ni aku nak kongsi sedikit pengalaman aku bila anak aku yang sulung masuk Tahun 1.
Ni first time aku sebagai ibu bila anak dah start masuk sekolah. Mula mula memang risau. Boleh ke anak aku sesuaikan diri? Macam mana dia nak beli makan? Macam mana kalau nak ke toilet?Berani ke bagitahu cikgu?......
Semua soalan soalan tu berlegar legar di kepala aku bila dah dekat dekat sekolah nak buka. Itu normal bagi aku. Sindrom mak mak memang macam tu kot.!!
Tapi setelah 2 hari anak masuk sekolah, semua kerisauan aku hilang. Anak aku dah besar. Dan sebenarnya dia boleh berdikari bila aku tak ada!
Macam mana aku tahu?? ...hmmm actually masa hari pertama, sehari aku berada di sekolah! Temankan dia...Pagi tu aku hantar dia sampai ke kelas. Tempat duduk aku letakkan dia di baris hadapan. Aku lebih suka duduk depan. Supaya dia lebih fokus dan tak main main.
Lepas tu aku pesan dekat dia, kalau nak ke tandas bagitahu cikgu. Kedudukan tandas awal awal lagi aku dah cari. Masa hari orientasi tu aku dah cari tandas sesiap. Dan aku bagitahu dia di mana kedudukan tandas. Ni penting supaya anak aku tak tercari cari bila time nak membuang tu datang. Anak aku angguk tanda faham.
Lepas ambil tempat semua tu, aku keluar dan tunggu di pondok di depan kelas dia. Aku biar je dia dalam kelas. Dan tengok dari jauh. Tengok dia okey je. Duduk diam tak jalan jalan dah :::)
![]() |
Aku tak tahu apa yang dia pikir time ni.. |
![]() |
Kedudukan dalam kelas. Aku letakkan dia di depan. |
![]() |
kawan kawan masa tabika sekelas dengan dia. |
Then bila time rehat tu, aku tunggu jugak. Hari pertama aku nak tengok keadaan dia macam mana. Aku bekalkan dia air kosong dengan nasi lemak. Ok rupanya waktu rehat cikgu akan tolong dan pantau anak anak untuk membeli. Alhamdulillah.....aku lega sikit. Aku biar je dia berbaris dengan kawan kawan untuk ke kantin. Lepas dia menghilang bersama kawan kawan dia, baru aku ikut dari belakang. Tu pun dari jauh.
![]() |
berbaris untuk ke kantin |
![]() |
berbaris untuk ke kantin bersama guru kelas |
Sampai di kantin aku cari anak aku. Ok....dia dah pandai bawak diri sendiri. Cari meja sendiri. Cuci tangan dekat sinki. Good.!! Tu yang aku nakkkk. Walaupun ada sedikit risau, tapi aku percaya pada cikgu. Aku tengok dia makan nasi lemak. Dah separuh dia makan baru aku datang dekat dia.
![]() |
Pandai cari meja sendiri, cuci tangan dan makan. |
Aku tanya dia "kakak okey ke?" Dia angguk dan senyum.... :)
Lepas makan aku suruh dia masuk kelas sendiri. Dan aku pesan dekat dia nanti nak balik tunggu ibu dekat pondok depan kelas, dan jangan pergi ke mana mana. Kata aku tegas. Dia angguk faham.
Masa nak balik aku datang awal setengah jam. Sengaja aku datang awal untuk perhatikan dia. Aku duduk di pondok dan perhatikan dia di dalam kelas. Aku nampak anak aku bangun dari kerusi dia dan datang dekat cikgu dia. Nampak dia bisikan sesuatu. Hmmm.. rupanya nak ke tandas.! Good...dia dah berani beritahu cikgu untuk ke tandas. Sebenarnya aku paling risau dia terkucil dalam kelas. Memandangkan pengalaman terkucil 3 kali semasa di Tadika.
Okey time balik tu nampaknya dia faham apa yang aku ajar. Jadi tak ada lagi kerisauan aku untuk tinggalkan dia di sekolah. Good job untuk hari pertama.!!
Time sekolah KAFA pun dia dah seronok. Jumpa kawan kawan sekelas masa pagi tadi. Dan macam biasa aku cari tandas dulu dan tunjuk kat dia dimana tandas. Then bawa dia pergi kantin ajar dia macam mana nak beli. Time rehat tu dia dah pandai beli sendiri. Aku tanya dia beli ape? Dia cakap beli air oren. Dan aku akan biar dia belajar sendiri. Berdikari...

Nak balik dahh.. |
![]() |
Berjaya harungi hari pertama :) |
Time sekolah KAFA pun dia dah seronok. Jumpa kawan kawan sekelas masa pagi tadi. Dan macam biasa aku cari tandas dulu dan tunjuk kat dia dimana tandas. Then bawa dia pergi kantin ajar dia macam mana nak beli. Time rehat tu dia dah pandai beli sendiri. Aku tanya dia beli ape? Dia cakap beli air oren. Dan aku akan biar dia belajar sendiri. Berdikari...
![]() |
Kawan masa tabika...Ilham dengan Wan Nuha |
![]() |
Masa ni dia beli kacang |
![]() |
ok...aku suruh tunggu untuk duit baki |
![]() |
hahaha...dia dah suruh aku balik |
Memang norml ibu ibu merasa risau akan anak anak. Tapi sebenarnya bila kita tiada, anak anak lebih berdikari sebenarnya. Dalam kelas pun mereka dah rancang "nanti rehat kita makan sama sama". Biar anak belajar buat sendiri. Itu semua proses untuk dia lebih berdikari dan menjadi matang.
Untuk anak ibu Sofea Amani, semoga di permudahkan urusan dalam menimba ilmu.
Aminnn...
Inilah sedikit perkongsian aku semasa hari pertama anak masuk sekolah.
Jumpa next entry k :)

No comments:
Post a Comment
Komen Yang Baik-baik Je Tau!