Tuesday, 31 January 2017

KESAN BURUK, RISIKO KENCING MANIS ( GDM ) KETIKA HAMIL


Assalamualaikum...

Entry kali ni Zana nak share berkenaan risiko kencing manis kepada ibu - ibu hamil.Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal- bakal ibu semua.Okey... tak mau bebel panjang- panjang jom kita tengok....

Diabetes adalah salah satu penyakit yang memberi komplikasi yang teruk kepada organ dan anggota badan manusia.Kerana itu diabetes diberi gelaran pembunuh secara senyap. Daibetes semasa hamil atau GDM juga meninggalkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang dikandung sekiranya gula dalam darah tidak dikawal.




Bahaya Kepada Ibu

1. Hiperglisemia

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.

2. Hipoglisemia

Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.

3. Keputihan

menghadapi masalah keputihan dan berisiko terkena jangkitan kuman di faraj.

4. Risiko Keguguran

Bagi ibu yang menghadapi GDM, pemantauan rapi sangat diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu - ibu yang tidak menghidap GDM

5. Polihydraminos

Polihydraminos adalah masala air ketuban berlebihan.

6. Preeklampsia

Preeklampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.

7. Retinopati

Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata.Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak di rawat segera.

8. kegagalan Buah Pinggang

Antara komplikasi utama bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang.Ibu hamil yang menghidapi GDM juga berhadapan risiko yang sama.

9. Kelahiran melalui Pembedahan.

Harapan untuk bersalin secara normal adalah sangat tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sangat berisiko dan kelahiran hanya melalui casarean atau pembedahan.



Bahaya kepada Bayi


1. Makrosomia

Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan. Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa di lakukan disebabkan makrosomia.

2. Intra Uterine Death

Kematian dalam kandungan

3. Hipoglisemia

Bagi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.

4. Lemas Semasa Kelahiran

Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala boleh membawa kepada kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.

5. Dystocia

Keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.

6. Bayi Jaundis

Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah.



Bagi ibu dan bayi yang melalui kehamilan GDM, risiko untuk ibu dan bayi menghidapi diabetes selepas kelahiran juga akan menjadi tinggi. 12 minggu pertama, ibu akan diberikan ujian untuk memastikan diabetes gentesi atau GDM sudah benar - benar hilang. Sekiranya ada masih mahu berikhtiar dengan memberikan nutrisi yang hebat dan lengkap untuk anda dan bayi anda, juga sebagai langkah untuk mengelakkan GDM, konsistenlah menggunakan SET KEHAMILAN SHAKLEE yang disediakan khas untuk ibu hamil.



No comments:

Post a Comment

Komen Yang Baik-baik Je Tau!