Thursday, 28 December 2017

PERSEDIAAN UNTUK PERSEKOLAHAN ANAK ANAK!! MAHAL ATAU MURAH?? - PART 2



                                                         BACK TO SCHOOL!!




Hai....okey seperti yang dah ku janjikan dalam entry lepas, jom aku cerita sikit pengalaman aku dalam persediaan untuk menyediakan keperluan persekolahan anak anak. Sesi 2018, 2 orang anak aku masuk sekolah. Si sulong masuk darjah 1. Yang tengah si Ecah masuk pra sekolah.

Ok...aku cerita dulu bab untuk persediaan si Kakak. SOFEA AMANI.

Untuk si kakak. Ni kira first time aku beli keperluan untuk masuk tahun 1. Maklum la anak sulung.
Haaaa....memula tu kena kejutan budaya jugak aku masa time nak shopping tu. Mahai gila baju sekolah. Baju dan kain di jual asing asing. Baju sahaja Rm 30++. Yang Rm 40.++ pun ada. Ikut brand. Kain pun Rm 30++...huaaa total RM 60++. 
Tu baru sepasang. Tak kan aku nak beli sepasang je. Kurang kurang pun 2 pasang. Untuk rakyat marhaen macam aku ni, kena tengok poket jugak.😂

Ok,,,,rilex..rilex...bertenang dulu. Cakap dekat laki aku, "kita survey servey je dulu. Nanti beli". Banyak tempat juga la aku survey. Dari shopping mall sampai la ke kedai kedai. Akhirnya dapat la harga yang sesuai aku kira,. Korang nak tau aku beli kat mana?......Ten Ten je. Brand New Bery. Lepas belek belek kain dia aku puas hati. Tak jarang. Lembut elok.

Harga baju RM 22.99, kain RM 15.50 . Kain jenis cotton. Memang aku nak cari kain jenis ni. Kain elok tak jarang. Tudung pulak dalam RM 13.99. Aku amek 2 pasang untuk setiap item.. So total RM 104.96. Baju, kain dengan tudung. Jimatkan!!!



ni baju yang aku ambil. Brand New Bery. 

2 pasang baju dan 2 tudung. Total RM 104.96

Beg sekolah pula aku beli dekat Pusat Pakaian Hari Hari. Harga dapat RM 64.90 . Tu pun merata juga aku survey. Dekat si kakak aku beli beg jenis beroda. Masuk tahun satu banyak buku. Kesian dia nak galas berat berat nanti. So aku decide beli jenis ada roda. Senang!!



Beg pilihan si kakak macam biasa la Frozen. RM 64.90

Kasut dia aku beli dekat Pacific, Taiping Mall je. Kiki Lala. Ada promosi back to School. So aku beli sepasang untuk dia. Harga dalam Rm 23.90..stokin dia aku beli dekat hari hari. beli sekali dengan si adik. Harga RM 7.50. Brand Jonny & Jenny.



kaki si sulong dah nak sama besar dengan kaki aku dah..Bila test aku pun boleh pakai kasut dia ni ..


Untuk keperluan alat tulis pun aku beli dekat Pacific je. Biasa la promosi back to school. Jadi aku borong je la apa yang patut. Kakak dengan adik semua aku shopping kat situ.





Pencil box aku beli dekat kedai RM2..memang jimattt!!hehe

Dah siap untuk baju. Untuk buku buku aku dah shopping awal lagi di koperasi sekolah. Cikgu dah bagi list untuk keperluan buku buku tahun satu. Jadi aku shopping siap siap. Total dalam RM 58 termasuk baju sukan 2 helai.





Ni semua aku beli siap siap. kalau beli time orientasi jenuh la.....




Untuk seluar track aku beli dekat The Store. Sehelai RM23.90. Jadi aku ambil 2 pasang. So total untuk kakak semua RM 307.06.. Baru seorang anak. Kalau ramai korang kira la sendiri.
Okey...selesai bab kakak. Ni di bawah aku sertakan gambar untuk tatapan korang semua. 



Ni lah barang banrang sekolah untuk si kakak.






Now nak cerita pasal si adik pulak . Siapa lagi kalau bukan si nakai SOFEA ALEEYA @ Ecah. Yang ni pening kepala aku. Beg boboboi yang dia minta. Jenuh merata Shopping Mall aku pergi. Mahal pulak tu. Last last dapat dekat The store. Rm 39.90....hmmmm.





Baju dengan seluar track suit dia aku beli dekat situ jugak. Sekali dengan alat tulis dia semua aku beli dekat situ jugak. Baju putih aku ambil 2 helai. Harga sehelai RM10.90. Seluar pun brand yang sama aku ambil RM 23.90. Aku ambil 2 helai. Total baju dan seluar RM 69.60.








Untuk uniform sekolah, aku dah order dekat cikgu. Sementara nak siap, pakai track suit dengan tshirt putih dulu ke sekolah.

Kasut dan stokin dia aku beli dekat Pusat pakaian hari hari je. Jenuh cari saiz. Sebab kaki dia kecik je...aku beli brand John & Jonny je. Murah. Rm 12.90 je sepasang. Aku amek 2 pasang untuk dia.So total kasut untuk 2 pasang RM 25.80. Stokin pula RM 6.90 untuk 3 pasang.







Untuk alat tulis aku beli dekat Pacific, Taiping Mall.  Total untuk semua ni RM 33.05. Paling aku tak tahan dia punya pencil box. Bentuk kereta yang dia nak...adoiii..Pencil box ni aku beli dekat kedai RM 2....hehe memang jimat banyak.  Total semua untuk si Ecah je dalam RM 173.25.

pencil box dekat kedai rm2



Ni semua barang barang untuk si Ecah..


Jadi ni lah dia sedikit perkongsian dari aku sempena persediaan persekolahan anak anak. Boleh tahan jugak la dekat RM 500 untuk 2 orang anak. Belum termasuk yuran bagai. Untuk persediaan sekolah KAFA minggu ni baru aku baru aku nak  shopping . Hmmm...tepuk dada tanya poket dulu.. ;P

Nanti aku share pula pengalaman orientasi si Sulong. Jumpa next entry k. Byeeee....

PERSEDIAAN UNTUK PERSEKOLAHAN ANAK ANAK!! MAHAL ATAU MURAH?? - PART 1






Hai semua...
Assalamualaikum....

Ya Allah, lamanya tak menulis di blog ni. Dah bersawang berhabuk bagai dah😅
Sebenarnya sibuk dengan kerja, anak - anak, keluarga dan komitmen lain. Now ingat nak start aktif balik dah. 

Lagi kurang dalam 4 hari je, kita nak melangkah ke tahun baru 2018. Ha....ibu dan ayah sekalian, korang dah siap ke shopping barang barang persekolahan anak anak?? Macam aku, untuk sesi persekolahan sesi 2018, 2 orang anak bersekolah. Yang sulong masuk tahun 1 dan yang no 2 masuk Pra sekolah 5 tahun.

Hmmmm....jenuh juga la nak shoping keperluan sekolah kali ni. Free free sikit nanti aku share kan macam mana persediaan kelengkapan anak anak aku sendiri. Jumpa next entry k...bye!!