Thursday, 28 December 2017

PERSEDIAAN UNTUK PERSEKOLAHAN ANAK ANAK!! MAHAL ATAU MURAH?? - PART 2



                                                         BACK TO SCHOOL!!




Hai....okey seperti yang dah ku janjikan dalam entry lepas, jom aku cerita sikit pengalaman aku dalam persediaan untuk menyediakan keperluan persekolahan anak anak. Sesi 2018, 2 orang anak aku masuk sekolah. Si sulong masuk darjah 1. Yang tengah si Ecah masuk pra sekolah.

Ok...aku cerita dulu bab untuk persediaan si Kakak. SOFEA AMANI.

Untuk si kakak. Ni kira first time aku beli keperluan untuk masuk tahun 1. Maklum la anak sulung.
Haaaa....memula tu kena kejutan budaya jugak aku masa time nak shopping tu. Mahai gila baju sekolah. Baju dan kain di jual asing asing. Baju sahaja Rm 30++. Yang Rm 40.++ pun ada. Ikut brand. Kain pun Rm 30++...huaaa total RM 60++. 
Tu baru sepasang. Tak kan aku nak beli sepasang je. Kurang kurang pun 2 pasang. Untuk rakyat marhaen macam aku ni, kena tengok poket jugak.😂

Ok,,,,rilex..rilex...bertenang dulu. Cakap dekat laki aku, "kita survey servey je dulu. Nanti beli". Banyak tempat juga la aku survey. Dari shopping mall sampai la ke kedai kedai. Akhirnya dapat la harga yang sesuai aku kira,. Korang nak tau aku beli kat mana?......Ten Ten je. Brand New Bery. Lepas belek belek kain dia aku puas hati. Tak jarang. Lembut elok.

Harga baju RM 22.99, kain RM 15.50 . Kain jenis cotton. Memang aku nak cari kain jenis ni. Kain elok tak jarang. Tudung pulak dalam RM 13.99. Aku amek 2 pasang untuk setiap item.. So total RM 104.96. Baju, kain dengan tudung. Jimatkan!!!



ni baju yang aku ambil. Brand New Bery. 

2 pasang baju dan 2 tudung. Total RM 104.96

Beg sekolah pula aku beli dekat Pusat Pakaian Hari Hari. Harga dapat RM 64.90 . Tu pun merata juga aku survey. Dekat si kakak aku beli beg jenis beroda. Masuk tahun satu banyak buku. Kesian dia nak galas berat berat nanti. So aku decide beli jenis ada roda. Senang!!



Beg pilihan si kakak macam biasa la Frozen. RM 64.90

Kasut dia aku beli dekat Pacific, Taiping Mall je. Kiki Lala. Ada promosi back to School. So aku beli sepasang untuk dia. Harga dalam Rm 23.90..stokin dia aku beli dekat hari hari. beli sekali dengan si adik. Harga RM 7.50. Brand Jonny & Jenny.



kaki si sulong dah nak sama besar dengan kaki aku dah..Bila test aku pun boleh pakai kasut dia ni ..


Untuk keperluan alat tulis pun aku beli dekat Pacific je. Biasa la promosi back to school. Jadi aku borong je la apa yang patut. Kakak dengan adik semua aku shopping kat situ.





Pencil box aku beli dekat kedai RM2..memang jimattt!!hehe

Dah siap untuk baju. Untuk buku buku aku dah shopping awal lagi di koperasi sekolah. Cikgu dah bagi list untuk keperluan buku buku tahun satu. Jadi aku shopping siap siap. Total dalam RM 58 termasuk baju sukan 2 helai.





Ni semua aku beli siap siap. kalau beli time orientasi jenuh la.....




Untuk seluar track aku beli dekat The Store. Sehelai RM23.90. Jadi aku ambil 2 pasang. So total untuk kakak semua RM 307.06.. Baru seorang anak. Kalau ramai korang kira la sendiri.
Okey...selesai bab kakak. Ni di bawah aku sertakan gambar untuk tatapan korang semua. 



Ni lah barang banrang sekolah untuk si kakak.






Now nak cerita pasal si adik pulak . Siapa lagi kalau bukan si nakai SOFEA ALEEYA @ Ecah. Yang ni pening kepala aku. Beg boboboi yang dia minta. Jenuh merata Shopping Mall aku pergi. Mahal pulak tu. Last last dapat dekat The store. Rm 39.90....hmmmm.





Baju dengan seluar track suit dia aku beli dekat situ jugak. Sekali dengan alat tulis dia semua aku beli dekat situ jugak. Baju putih aku ambil 2 helai. Harga sehelai RM10.90. Seluar pun brand yang sama aku ambil RM 23.90. Aku ambil 2 helai. Total baju dan seluar RM 69.60.








Untuk uniform sekolah, aku dah order dekat cikgu. Sementara nak siap, pakai track suit dengan tshirt putih dulu ke sekolah.

Kasut dan stokin dia aku beli dekat Pusat pakaian hari hari je. Jenuh cari saiz. Sebab kaki dia kecik je...aku beli brand John & Jonny je. Murah. Rm 12.90 je sepasang. Aku amek 2 pasang untuk dia.So total kasut untuk 2 pasang RM 25.80. Stokin pula RM 6.90 untuk 3 pasang.







Untuk alat tulis aku beli dekat Pacific, Taiping Mall.  Total untuk semua ni RM 33.05. Paling aku tak tahan dia punya pencil box. Bentuk kereta yang dia nak...adoiii..Pencil box ni aku beli dekat kedai RM 2....hehe memang jimat banyak.  Total semua untuk si Ecah je dalam RM 173.25.

pencil box dekat kedai rm2



Ni semua barang barang untuk si Ecah..


Jadi ni lah dia sedikit perkongsian dari aku sempena persediaan persekolahan anak anak. Boleh tahan jugak la dekat RM 500 untuk 2 orang anak. Belum termasuk yuran bagai. Untuk persediaan sekolah KAFA minggu ni baru aku baru aku nak  shopping . Hmmm...tepuk dada tanya poket dulu.. ;P

Nanti aku share pula pengalaman orientasi si Sulong. Jumpa next entry k. Byeeee....

PERSEDIAAN UNTUK PERSEKOLAHAN ANAK ANAK!! MAHAL ATAU MURAH?? - PART 1






Hai semua...
Assalamualaikum....

Ya Allah, lamanya tak menulis di blog ni. Dah bersawang berhabuk bagai dah😅
Sebenarnya sibuk dengan kerja, anak - anak, keluarga dan komitmen lain. Now ingat nak start aktif balik dah. 

Lagi kurang dalam 4 hari je, kita nak melangkah ke tahun baru 2018. Ha....ibu dan ayah sekalian, korang dah siap ke shopping barang barang persekolahan anak anak?? Macam aku, untuk sesi persekolahan sesi 2018, 2 orang anak bersekolah. Yang sulong masuk tahun 1 dan yang no 2 masuk Pra sekolah 5 tahun.

Hmmmm....jenuh juga la nak shoping keperluan sekolah kali ni. Free free sikit nanti aku share kan macam mana persediaan kelengkapan anak anak aku sendiri. Jumpa next entry k...bye!!

Sunday, 4 June 2017

CUTI - CUTI CAMERON HIGHLAND PART 2


Bila sebut pasal bercuti je , aku dan suami suka sangat Cameron Highland. Aku suka tempat tu sebab sejuk. Lagi satu sebab keadaan keliling dia tu yang buat aku jatuh cinta. Bukan setakat aku. Anak - anak lagi la suka. Dalam setahun tu berkali aku aku naik ke cameron. Ramai juga kawan kawan aku yang tanya " hampa tak dak tempat lain ka nak pi??" haha...aku gelak je. Sampai siap gelarkan aku duta Cameron. :P

Kos pergi sana tak la mahal sangat. Selalu aku satu family tidor hotel bajet je. Murah sikit. Lokasi aku bermalam di Brinchang la. Dekat brinchang tu berderet hotel hotel bajet yang korang boleh jumpa. Bab makan tak kisah. Keliling memang banyak kedai makan. No worries.

Kali ni aku nak share pasal percutian aku sekeluarga ke Cameron Highland dalam tahun 2 tahun lepas.  Rentetan bercuti semasa family day hari tu, aktiviti pack. Jadi tak puas berjalan. So sambungannya tak lama lepas tu aku sekeluarga datang kesini lagi.

Time nih kami sekeluarga bermalam di Hotel Jasmine . Terletak di Brinchang. Harga aku dah lupa. Tapi dalam seratus lebih je untuk kami berempat. Murahkan??



Ni ha hotelnya. Depan jalan besar je. Korang boleh nampak. Hotel ni belakang Tempat teksi tu.

Ni bilik yang aku sewa. Kira selesa la untuk aku 4 beranak. 

Dah chek in terus pergi cari makan. Lapar kot. Pasar malam brinchang menjadi lokasi untuk aku sekeluarga carai makan. Pasar malam ni ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Ayah dah si nakai ecah



Pasar malam brinchang memang aktiviti wajib aku dan suami bila datang sini. Cari makan sambil cuci mata. So, selesai cari makan apa kami pun balik ke bilik. Kira malam tak ada aktiviti lah. Berehat je sambil tengok tv. Waktu malam memang sejuk giler. Kalau bukak tingkap tu angin luar masuk memang best. Sejuk dan nyaman je. Haha tido lena sampai pagi wei.


So, aktiviti esoknya memang meriah. Merata aku bawak anak jalan - jalan. Aktiviti pertama aku pagi tu selepas breakfast kami sekeluarga pergi Cameron Lavender. Tiket aku dah lupa berapa. tapi rasanya time tu baru RM 5/ seorang. Sekarang dah naik RM 7 ke 8. Jom aku belanja gambar gambar kat dalam tu. Satu yang frust time tu pokok lavender baru tanam. So tak dapat bergambar dengan bunga dia yang cantik warna purple tu. 


Ni kat luar lagi. Anak anak aku suka tengok air pancut kat situ, so wajib ambil gambar.








Dah selesai berfoto shoot di luar, baru la beli tiket. RM 5/dewasa. dan RM 3 untuk kanak kanak rasanya. Lupa dah aku. Bila dah masuk ke dalam tempat pertama yang di tuju dekat kereta tu lah. Jenuh nak ajak si nakai ecah bergambar. Tak mahu di pegang. Jom aku share gambar gambar yang sempat snap kat dalam tuh.








Cantikkan view kat belakang tu. kalau ada pokok lavender lagi cantik. :::(

Ni tak tau kenapa. Dah lupa aku.

Ibu, Amani, Aleeya @ Ecah




Si sulong Sofea Amani.


Nak naik keatas kami akan susuri jalan ni. Cantikkan!



Tengok la si nakai tu dia buat apa. 







Ha ha...sempat lagi nak gigit adik dia.

si nakai Ecah

Dapat juga pic berempat..minta tolong pekerja dalam tu tolong snapkan :P








Okeh,,ni antara pic yang aku sempat snap dekat sana. Lepas tu kami pergi ke Taman Lebah pula. Tak banyak pic dekat sana. Ada beberapa keping je yang aku sempat snap.


Blurrr pic nih





Dah lama kat sini. Lapar pulak. So untuk lunch  kitorang gi makan dekat belakang stesen bas. Kedai member suami aku. Selalu kalau datang cameron memang situ port kami untuk makan tengahari. lauk yang di jual menu menu kampung. harga pun okey la. Selesai makan apa semua terus gerak ke destinasi seterusnya Mardi Cameron Highland. Tiket RM3  je seorang. Jom tengok ada apa dekat Mardi.



Pintu masuk ke dalam

Kaunter Tiket

Tiket deasa Rm 3 je. Gambar tiker aku tak snap. Ni ihsan google jer :)

































Anak anak aku memang suka sangat tengok air pancut.




Si nakai kena marah dengan ayah.




Selesai dekat Mardi baru pergi ke Ladang teh. Dari atas tengok ladang teh cantik sungguh rasa. Hijau je yang aku nampak. Cantik sangat. Angin sejuk pulak tampar tampar muka. Memang jatuh hati lah kiranya aku di san. Rasa nak duduk sana terus.hehe
Tak banyak pic yang aku ambil kat sana. Anak anak semua dah penat kira nak meragam je la. So ada dalam 7 keping je aku ada.







Kira dekat ladang teh tu aktiviti last kami untuk hari tu. Anak anak pun dah penat. Untuk pasar kami pergi pasar malam je then duduk bilik rehat. Esoknya lepas makan pagi terus kemas kemas apa yang patut then terus check out. Sebelum balik tempat wajib aku singgah dekat Kea Farm la. Situ selalu untuk aku borong sayur, keledek dan Strawbery untuk bawa balik. 

So sampai sini saja aku boleh share percutian kami untuk kali ni. Next entry aku share lagi okeh. Bye,,,,