Bila sebut pasal bercuti je , aku dan suami suka sangat Cameron Highland. Aku suka tempat tu sebab sejuk. Lagi satu sebab keadaan keliling dia tu yang buat aku jatuh cinta. Bukan setakat aku. Anak - anak lagi la suka. Dalam setahun tu berkali aku aku naik ke cameron. Ramai juga kawan kawan aku yang tanya " hampa tak dak tempat lain ka nak pi??" haha...aku gelak je. Sampai siap gelarkan aku duta Cameron. :P
Kos pergi sana tak la mahal sangat. Selalu aku satu family tidor hotel bajet je. Murah sikit. Lokasi aku bermalam di Brinchang la. Dekat brinchang tu berderet hotel hotel bajet yang korang boleh jumpa. Bab makan tak kisah. Keliling memang banyak kedai makan. No worries.
Kali ni aku nak share pasal percutian aku sekeluarga ke Cameron Highland dalam tahun 2 tahun lepas. Rentetan bercuti semasa family day hari tu, aktiviti pack. Jadi tak puas berjalan. So sambungannya tak lama lepas tu aku sekeluarga datang kesini lagi.
Time nih kami sekeluarga bermalam di Hotel Jasmine . Terletak di Brinchang. Harga aku dah lupa. Tapi dalam seratus lebih je untuk kami berempat. Murahkan??
 |
Ni ha hotelnya. Depan jalan besar je. Korang boleh nampak. Hotel ni belakang Tempat teksi tu. |
 |
Ni bilik yang aku sewa. Kira selesa la untuk aku 4 beranak. |
Dah chek in terus pergi cari makan. Lapar kot. Pasar malam brinchang menjadi lokasi untuk aku sekeluarga carai makan. Pasar malam ni ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
 |
Ayah dah si nakai ecah |
Pasar malam brinchang memang aktiviti wajib aku dan suami bila datang sini. Cari makan sambil cuci mata. So, selesai cari makan apa kami pun balik ke bilik. Kira malam tak ada aktiviti lah. Berehat je sambil tengok tv. Waktu malam memang sejuk giler. Kalau bukak tingkap tu angin luar masuk memang best. Sejuk dan nyaman je. Haha tido lena sampai pagi wei.
So, aktiviti esoknya memang meriah. Merata aku bawak anak jalan - jalan. Aktiviti pertama aku pagi tu selepas breakfast kami sekeluarga pergi Cameron Lavender. Tiket aku dah lupa berapa. tapi rasanya time tu baru RM 5/ seorang. Sekarang dah naik RM 7 ke 8. Jom aku belanja gambar gambar kat dalam tu. Satu yang frust time tu pokok lavender baru tanam. So tak dapat bergambar dengan bunga dia yang cantik warna purple tu.
 |
Ni kat luar lagi. Anak anak aku suka tengok air pancut kat situ, so wajib ambil gambar. |
Dah selesai berfoto shoot di luar, baru la beli tiket. RM 5/dewasa. dan RM 3 untuk kanak kanak rasanya. Lupa dah aku. Bila dah masuk ke dalam tempat pertama yang di tuju dekat kereta tu lah. Jenuh nak ajak si nakai ecah bergambar. Tak mahu di pegang. Jom aku share gambar gambar yang sempat snap kat dalam tuh.
 |
Cantikkan view kat belakang tu. kalau ada pokok lavender lagi cantik. :::( |
 |
Ni tak tau kenapa. Dah lupa aku. |
 |
Ibu, Amani, Aleeya @ Ecah |
 |
Si sulong Sofea Amani. |
 |
Nak naik keatas kami akan susuri jalan ni. Cantikkan! |
 |
Tengok la si nakai tu dia buat apa. |
 |
Ha ha...sempat lagi nak gigit adik dia. |
 |
si nakai Ecah |
 |
Dapat juga pic berempat..minta tolong pekerja dalam tu tolong snapkan :P |
Okeh,,ni antara pic yang aku sempat snap dekat sana. Lepas tu kami pergi ke Taman Lebah pula. Tak banyak pic dekat sana. Ada beberapa keping je yang aku sempat snap.
 |
Blurrr pic nih |
Dah lama kat sini. Lapar pulak. So untuk lunch kitorang gi makan dekat belakang stesen bas. Kedai member suami aku. Selalu kalau datang cameron memang situ port kami untuk makan tengahari. lauk yang di jual menu menu kampung. harga pun okey la. Selesai makan apa semua terus gerak ke destinasi seterusnya Mardi Cameron Highland. Tiket RM3 je seorang. Jom tengok ada apa dekat Mardi.
 |
Pintu masuk ke dalam |
 |
Kaunter Tiket |
 |
Tiket deasa Rm 3 je. Gambar tiker aku tak snap. Ni ihsan google jer :) |
 |
Anak anak aku memang suka sangat tengok air pancut. |
 |
Si nakai kena marah dengan ayah. |
Selesai dekat Mardi baru pergi ke Ladang teh. Dari atas tengok ladang teh cantik sungguh rasa. Hijau je yang aku nampak. Cantik sangat. Angin sejuk pulak tampar tampar muka. Memang jatuh hati lah kiranya aku di san. Rasa nak duduk sana terus.hehe
Tak banyak pic yang aku ambil kat sana. Anak anak semua dah penat kira nak meragam je la. So ada dalam 7 keping je aku ada.
Kira dekat ladang teh tu aktiviti last kami untuk hari tu. Anak anak pun dah penat. Untuk pasar kami pergi pasar malam je then duduk bilik rehat. Esoknya lepas makan pagi terus kemas kemas apa yang patut then terus check out. Sebelum balik tempat wajib aku singgah dekat Kea Farm la. Situ selalu untuk aku borong sayur, keledek dan Strawbery untuk bawa balik.
So sampai sini saja aku boleh share percutian kami untuk kali ni. Next entry aku share lagi okeh. Bye,,,,
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Baik-baik Je Tau!