Friday, 24 February 2017

HIDUP JADI INDAH DENGAN ADA NYA MEREKA



Assalamualaikum.




Nyawa - nyawa Ibu. Ada yang tanya bagaimana perasaan bila dah ada 3 orang anak?

Jawapan : Mesti la seronok ! hehe...meriah rumah.

Sofea Amani : 6 Tahun 10 bulan
Sofea Aleeya : 4 Tahun 10 bulan 
Muhammad Wafiq Afifi : 1 Tahun 2 hari


Thursday, 16 February 2017

OPET SI TUPAI KECIL



Ha, sebenarnya dah lama aku nak cerita  pasal si opet nih.Maklum la opet ni da jadi sebahagian dari keluarga kami sejak kecil lagi.Kira 'a part of family' la. Hehe... dan yang paling sayang sangat dekat si opet ni tentunya la laki aku nih๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’ sebab dia lah orang yang bertanggungjawab menjumpai si opet ni masa sorang - sorang kat dalam hutan.Macam anak buangan pulak ;)

Kira laki aku yang baek hati ni pun bawa balik si opet nih.Lalu hari tu dengan rasminya lah si opet jadi family kami.

ni masa hari pertama jumpa opet..mata pun tak buka lagi

Masa ni minum pun pakai syringe sebab Opet tak pandai minum sendiri

susu opet

Saat aku tulis entry nih, opet dah 5 bulan dalam jagaan kami.Dan kalau korang nak tahu dah merata - rata si opet ni berjalan.Sampai cameron laki aku usung si opet ni.Time nak check in je kitorang seludup opet pakai kotak kasut.Kang kantoi pulak sebab bawak 'pet'.Opet ni bagus, diam je dia.haha...pandai pun.!!

Bab makan pulak opet ni makan je apa yang kitorang kasi.Selalu buah la.Epal, jambu,mangga, limau.Paling dia suka buah manggis.Tapi kadang -kadang si nakai Ecah bagi biskut je kat opet nih.Roti canai la.

Time kat cameron.Asal time menyusu je kena la bancuh bagi.Dah maca anak kecik pulak.

Si fifi dan opet

Manja sangat dengan tuan dia nih

Dah besar

Sekarang dah pandai minum sendiri

Okeylah, malas dah aku nak tulis panjang - panjang.len kali la pulak aku cerita pasal si opet nih.Ok bye..


Monday, 13 February 2017

DUNIA SHAKLEE ZANA PART 1




Assalamualaikum....

Dah lama sangat tau Zana nak share tentang ni,tapi tunggu masa je yang sesuai. Tentang bagaimana Zana tertarik nak join business Shaklee nih.Kalau korang nak tahu, zana start consume Shaklee ni bila try Skin care Nutriwhite tau.Zana tertarik dengan nutriwhite ni bila tengok sharing daripada fb ummi yana.(Mentor Zana sekarang ni ).Masa tu masa dok belek - belek fb terpandang la fb ummi yana nih.Sapa lyana nih?Mula la stalk fb dia.Tengok dia sharing pasal shaklee.Macam best je Nutriwhite nih kan.Try la.hehe.Tapi masa tu beli dekat member office.kebetulan pula dia memang ahli shaklee.Kekonon dapat la murah harga ahli and jimat duit pos.haha :)


Ni la nutri white yang buat zana Fall in love dengan Shaklee nih 

Bila dah pakai alhadulillah nampak improve sangat dekat muka nih.Terus jatuh cinta dengan Shaklee.Then Zana beli pulak Vitamin C dan E.Dalam bulan julai masa tu.Ha masa nih da start beli dengan ummi yana  dah.Lepas satu, satu Zana beli.Make up remover la,Esp la  dan last sekali Collagen. Gigih tau..Haha nak cantik punya pasal.Semua terpengaruh dengan sharing dari ummi Lyana lah.Nak beli sekaligus mana ada budget.Bab pasal budget nih,  terpikir juga nak tambah pendapatan.Tapi tak tahu  nak buat apa.???
perfect two yang zana consume hari hari



memang craving gila lah dengan ESP nih.Muahhhh...


Yelah anak - anak pun makin ramai, of cours perbelanjaan seisi keluarga pun makin bertambah. Dalam sebulan pun cuba lah kira pampers berkaton - katon kena beli. :::(  Teteiba teringan dengan ummi lyana sebab dia rajin sharing tentang business shaklee nih.Terus stalk fb dia.Wahh,,,macam best je dia jual Shaklee nih..Terus rasa why don't I become a member and share the benefits to others as well? Ha ha..dalam bulan 12,  Zana beli Collagen 3 boxes.Time tu tengah promo.And ummi Yana kata boleh dapat free member nih, and dia pelawa Zana sekali untuk join busines.Ha ha why not memang Zana nak pun .Ngeee...So I decided to register as a Shaklee Independent Distributor and then bermula la dari ZERO dengan my dear mentor Ummi Yana.

Business Shaklee nih dah senang.Lagipun sekarang nih nak dapatkan stok tak perlu berulang alik ke HQ @ Branch macam dulu- dulu.Sebab sekarang nih boleh order dekat website je, esok stock tu dah sampai rumah !! Hehe jimat masa dan tenaga.Lebih jimat duit minyak la kan ๐Ÿ˜›Bukan tu je tau, kalau nak direct order melalui website, dan minta SHAKLEE postkan pun boleh terus pada customer. Sangat - sangat senang.That's why kalau berniaga SHAKLEE nih paling senang sebab tak perlu simpan stok pun. Once customer bayar pada kita, kita terus minta shaklee je yang poskan. Ala - ala dropship gituu.

Honestly, memang best bila join Shaklee ni.Zana belajar buat Sales, marketing and all on my own. Selain menjadikan Ummi Yana sebagai sumber inspirasi Zana untuk terus Berjaya, malam - malam kami ada group coaching berkenaan pasal bisnes.Dalam whatsapp group boleh tanya pendapat, pandangan bersama mentor dan kawan - kawan bisnes.Setiap hari mesti ada bertanya itu dan ini.Tambah pula Zana masih newbie apa pun tak tahu , so surely we need a MENTOR to guide kita apa steps yang diperlukan untuk success.

So key lah.Malas nak buat entry pepanjang..Next time Zana cerita lagi dalam Dunia Shaklee Part 2 pulak.Till then,,, Assalamualaikum.




SET KEHAMILAN SHAKLEE







Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali mengandung. Cabaran yang di hadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.

Antara simptom - simptom yang mungkin berlaku kepada sesetengah ibu hamil ialah :

๐ŸŒผ Alahan teruk
๐ŸŒผ Morning Sickness
๐ŸŒผ Tak boleh makan atau tiada selera makan
๐ŸŒผ Muntah dan loya
๐ŸŒผ Anemia - Berbahaya jika tidak  ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
๐ŸŒผ Keletihan, mengantuk dan rasa malas.
๐ŸŒผ Mood swing.

Lazim bagi ibu hamil, simptom kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti harian. Jangan bimbang, kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja dan biasanya hanya pada trimester yang pertama sahaja.(1-3 bulan)

Hampir semua masalah yang disebutkan tadi, insyaallah dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengka disamping rehat yang mencukupi dan sokongan dari suami.

Setiap ibu mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungan mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian supplement yang terbaik untuk ibu mengandung.


Fungsi setiap satu supplement dalm Set Hamil Shaklee


Antara vitamin yang ada dalam set kehamilan Shaklee ialah :


  • Vitalea - sejenis multivitamin dan mineral yang lengkap yang juga mengandungi zat besi.Zat besi dalam Vitalea membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Anemia berbahaya kepada ibu dan bayi.(Tumpah darah,keguguran,kematian dalam kandungan etc)Jika HB sentiasa rendah boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu- ibu mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea Shaklee.
  • B Complex -lengkap dengan asid folic dan 8 kumpulan B.Asid folic sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Sangat sesuai untuk merek yang ada diabetes ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Ibu- ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat elok ambil  B Complex kerana ia juga vitamin anti-stress.
  • Vitamin C - membantu menguatkan sistem immune badan ibu. Ibu hamil ni jika dijangkiti penyakit like demam/batuk/selsema susah untuk dapatkan ubat yang bersesuaian.Vitamin c membantu dalam proses pembinaan kolagen.So kulit ibu hamil tak kusam,cantik je.Makin double cantik la sebab ada seri mengandung ;) So, jangan skip vitamin C sebab Vitamin C juga boleh mengurangkan kesan strech mark yang paling digeruni lepas bersalin nanti.
  • Ostematrix- membantu bayi mendapatkan tulang dan gigi yang kuat tanpa menggangu kalsium untuk keperluan tubuh si ibu.Selain itu  ostematrix membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot,pinggang serta sengal - sengal badan, dan juga masalah simpul biawak/kekejangan otot yang selalu terjadi ketika hamil.Bagi yang menghidapi masalah buasir serta sembelit juga dapat diatasi dengan mengamalkan ostematrix sebelum tidur.Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • ESP - memberi tenaga kepada ibu dimana bila mereka mengalami morning sickness yang teruk.Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.ia juga membantu mengawal paras kolestrol ibu.Paras G.I yang rendah sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mengidap diabetes kerana memberikan rasa kenyang lebih lama.keperluan protein semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu pertumbuhan plasenta dan penghasilan susu.
  • Omega Guard- Minyak ikan tulen yang sangat penting dalam pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.DHA dan EPA penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.Untuk ibu pula omega guard bantu mengawal paras kolestrol dalam badan.

Untuk ibu-ibu hamil diluar sana, ingin dapatkan supplement tambahan ketika mengandung, boleh hubungi Zana menerusi whatsapp. Khas buat customer yang purchase melalui Zana, Zana akan consult dan guide cara mengamalkan set hamil dengan cara yang betul : ).


Friday, 10 February 2017

KESUBURAN DAN NUTRISI




Assalamualaikum.....

Entry kali ini, Zana nak cerita berkenaan Kesuburan dan Nutrisi.Bagi anda yang merancang untuk hamil, semestinya mula juga merancang pemakanan harian sebagai persediaan untuk hamil kan??So disini Zana nak focus pada persediaan untuk hamil untuk anda bakal - bakal ibu :)

Okeh, sebelum tu Zana ada satu soalan nak tanya.Antara lelaki dan perempuan, mana yang lebih complicated??
Jawapannya, of course la perempuan!Macam tu juga la dengan system reproduktif dalam badan kita.Perempuan ni banyak benda.Hormon la, period la, pregnant la.Sebab tu la Persediaan Mengandung kena jaga kesihatan dengan baik dan cukupkan nutrisi terutama bila plan nak preggy.


Bila waktu Terbaik Nak Plan untuk Hamil?

Sekurang- kurangnya 4 bulan .First bila u dah kahwin dan bersama kita tak tahu 1st time bersama tu dah Allah S.W.T nak rezekikan kita baby time tu & sel - sel akan mula membentuk jadi baby hanya dalam masa 24 jam sahaja.

So sangat penting untuk anda membuat persediaan untuk memastiikan badan anda cukup dengan nutrisi dan telah bersedia untuk hamil.Jom Zana kupas satu persatu yang ada dalam set kesuburan Shaklee nih.


1.  B- Complex

Kandungan Vitamin B yang lengkap dalam B complex  sangat diperlukan bagi mereka  yang merancang untuk hamil.Kerana , kandungan Vitamin B6 dalam B complex membantu meransang hormon pembiakan selain itu juga sebagai anti stress.Mereka yang ingin hamil tidak boleh stress kerana faktor ketidak suburan yang utama ialah stress.  B complex juga mengandungi folic asid untuk perkembangan awal baby.dan memang disarankan oleh doctor untuk consume semasa sedang iktiar untuk hamil.(TCC).kekurangan asid folic boleh menyebabkan spina bifida iaiti kecacatan saraf tunjang pada baby.



2.   ESP

Kenapa protein penting untuk hamil?? Protein bagus untuk menguatkan otot rahim untuk kita conceive.Sometimes ada yang lekat tapi tak kuat dan gugur semula sebagai haid.ESP bantu untuk perlekatan lebih kuat.Asid amino dalam ESP sangat penting untuk membina sel - sel baru.Dan membekalkan tenaga supaya tidak cepat letih.


3. GLA

Supplement yang sangat bagus untuk wanita yang mempunyai masalah period cycle yang tak regular/period pain.Gamma linolenic Asid bantu wanita untuk hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti macam 'white egg'.Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat - sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan , cecair serviks yang sangat - sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi)


4. VITAMIN C

Ada kajian menyatakan vitamin C increase fertility dalam 44% berjaya hamil bila dia receive 500mg Vitamin C.Dan vitamin C reduce risk of premature delivery.Vitamin C membantu menyerap iron dan asid folic dengan lebih cepat, so bila pregnant risiko untuk dapat annemia itu kurang jika iron cukup.


5. VITAMIN E

Ovum terhasil satu sahaja setiap bulan.Manakala sperma pula 40 juta.Banyak, tapi ada yang tak normal tail & head dia.Vitamin E dapat membantu untuk meningkatkan kualiti sprema.(enchances fertility by decreasing free radicals damage to sperm.)


6. VITALEA

Vitalea adalah iron tablet.Bila HB rendah, will effect your fertility, maksudnya tak subur.Zink juga akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.Lelaki juga boleh ambil vitalea sebab ada zink.Zink bagus untuk proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.


7. OMEGA GUARD

Omega bagus untuk kurangkan radang dekat rahim wanita sebab Omega ni anti radang.So, bila you consume omega like rahim bersedia dan kuat.Dan bagus untu otak dan visual development masa mengandung.Untuk lelaki ia mengekalkan blood clot dekat testicles.(tempat produce sperm)


8. OSTEMATRIX

Bila hamil, baby yang nak membesar tu sangat perlukan kalsium untuk

  • Tulang yang kuat
  • Pembentukan gigi
  • Jantung yang sihat
  • Otot



Till then, moga Allah mempermudahkan hari - hari kita .Assalamualaikum :)



SET BERPANTANG SHAKLEE



Bagi ibu -ibu yang sedang hamil, pastinya sedang mencari dan memikirkan set berpantang yang sesuai untuk digunakan selepas kelahiran nanti.Tidak dinafikan terdapat banyak jenis dan jenama set bersalin di pasaran.Pastinya bakal - bakal ibu mahukan set bersalin yang terbaik untuk digunakan semasa berpantang.

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita melayu yang baru bersalin.Walaupun tempoh berpantang selama 44 hari adalah satu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan hampir semua wanita melayu masih tekun dan mengikuti tradisi berpantang.Ibu - ibu yang menjadi pantang , biasanya akan mendapat kembali potongan badan asal mereka seperti sebelum mengandung, manjadi sihat dan cergas seperti sediakala malah kelihatan lebih cantik.

Sesumgguhnya, amalan - amalan berpantang adalah proses menyeluruh dan sebenarnya bertujuan untuk memelihara kesihatan wanita selepas bersalin.menurut buka Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan Rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Oleh itu lah masih ramai wanita melayu yang masih berpegang kepada amalan berpantang.

Di samping berpantang secara tradisi,kini terdapat juga kaedah berpantang secara  moden.ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampong terhadap wanita yang sedang berpantang. Kajian juga mendapati bahawa  terdapat beberapa amalan berpantang adalah berfaedah seperti melanjutkan tempoh menyusu badan, larangan ke atas pergerakan yang berlebihan semasa berpantang dan amalan mengurut.


Antara amalan-amalan yang masih diamalkan semasa berpantang :

  • Memakai bekung
  • Berurut
  • Makan jamu/supplement
  • Bertungku
  • Mandi herba dan akar kayu
Di sini, Zana nak menyentuh mengenai point yang ke -3, iaitu mengamalkan supplement semasa berpantang.

First sekali, yang mana kita semua tahu, semasa proses kehamilan Rahim wanita tersebut akan mengembang.Jadi perkara pertama selepas bersalin adalah untuk mengecutkannya kembali.

Secondly, tidak kisah sama ada beranak secara normal atau operation, both akan ada luka dalaman yang memerlukan penyembuhan. Di sini zana nak cerita kan berkenaan SET BERSALIN SHAKLEE yang dapat membantu untuk heals dari dalam selain amalan pemakanan sihat.

Set Berpantang Shaklee


      B- Complex

  • Berfungsi untuk melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan.
  • Mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folic dan Biotin.
  • Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu - ibu berpantang
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.
  • Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga , ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan 
  • Memelihara kulit dan lapisan -lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah sekaligus pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit - strech marks.

 
      Vita-lea

  • Merupakan multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina yang memberikan tenaga pada kadar segera.
  • Vita-lea mempunyai imbangan nutrisi lengkap yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang kerana banyak makanan yang perlu dielakkan.
  • Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan untuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
  • Menangani masalah tekanan darah randah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, dan anemia.

     Vitamin C
  • Mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantuman dan penyembuhan luka.
  • Membaik pulih sel dan tisu yang rosak
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
  • Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit
  • Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.
  • Sibiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.
     # Jadi perlu lagi tak makan buah masa pantang? Makn je kalau korang nak makan. Real                   food memang lebih digalakkan :)


     ESP
  • Susu soya protein yang baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi.
  • Membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Mencantikkan kulit
  • Memejalkan otot
  • Membantu dalam penurunan berat badan
  • membantu dalam menambahkan penghasilan susu ibu
  • Membekalkan tenaga dan kecerdasan badan.
      Ostematrix
  • Membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit.
  • Melegakan kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang.
  • Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu berasa sangat segar bila bangun pagi.
  • Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi, mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.
  • Membantu penghasilan susu ibu yang banyak.

      Alfafa
  • Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
  • Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan.
  • Bagus untuk lawas
  • Juga merupakan galactagogue iaitu herba memperbanyakkan penghasilan susu ibu.
  • Alfafa juga membantu untuk mengecutkan dan memulihkan rahim.

     Lecithin
  • Mengandungi choline untuk kecergasan akal
  • Membantu dalam pemecahan lemak dan kolestrol dengan bertindak sebagai 'pembersih' salur darah dan membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh seterusnya mendapatkan badan yang langsing dan sihat.
  • Membantu dalam menyerap vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A, D, E, dan K. 
  • Juga membantu dan menangani masalah Bengkak Susu.

      Omega Guard
  • Mengandungi EPA dan DHA yang sangat bagus untuk perkembangan minda bayi.EPA dan DHA disalurkan melalui susu ibu.
  • Membakar lemak dan membantu dalam proses penurunan berat badan selepas bersalin.

Tuesday, 7 February 2017

JOM BERBISNES BERSAMA SHAKLE


ALANG - ALANG BUAT SHAKLEE BIAR SAMPAI JADI MASTER.

Kata orang "alang - alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan."

Alang - alang buat bisnes, biar sampai jadi kaya.

Alang - alang buat SHAKLEE biar sampai jadi Master Coordinator.




Selalanya, Zana banyak cerita pasal produk Shaklee yang bagus-bagus kan! hari ni tak nak cakap pasal produk, tapi Zana nak share pasal peluang keemasan yang Shaklee tawarkan untuk mereka yang berminat untuk berbisnes.


Dulu, Zana sekadar nak cantikkan diri je makan supplement ni. Tapi bila dah consume produk Shaklee dan Zana yakin dengan keberkesanan produk, terbuka hati zana untuk join jadi member. Tujuan untuk makan sendiri je.Tapi tak sangka pulak ummi Lyana,(Upline Zana sekarang) pelawa Zana untuk join bisnes ni.And Zana jawab, Why not??mana tahu kot nanti boleh jadi kaya.kah kah....Insyaallah.

Lalu 17.12.2016 bermula la Zana sebagai seorang SID Shaklee Independant Distributor.terlalu banyak peluang yang Shaklee tawarkan kepada ahli.


Apakah Kelebihan  Shaklee dan kenapa saya memilih Shaklee?


  1. Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran. Produknya yang asli dan semula jadi membuatkan Zana tertarik untuk mencuba, kemudian ditambah pula produknya yang memberi kesan yang positif pada taraf kesihatan Zana dan keluarga.
  2. Shaklee merupakan antara syarikat MLM yang adil. Once dah bergelar leader (bermula dari tahap supervisor) bermakna kita dah break away dari uline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid, maka kita dibayar mengikut apa yang kita usahakan.Kalau U skor lebih, lebih la bonus U dapat :)
  3. Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi direct dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat.
  4. Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar.Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silica gel di dalam botol vitamin Shaklee.


Apakah Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee?


Ni retail price for non members,kalau member harga lain tau :)


  1.  Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
  2. Jika kita capai point yang tertentu akan melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.Tiap 14 hb Shaklee akan bagi bonus tau.Chek akaun memasing ye ;)
  3. Jika berminat untuk berbisnes, ada online coaching yang khas disediakan melalui personal group Zana sendiri, biasanya class through online kat whatsapp.
  4. Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta), dan Convention ( local dan international-Umrah bagi yang beragama islam).

Ni pengiraan bonus shaklee yang zana dapat tiap bulan.Best tak?? ;)



Bagaimana Nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee?


Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 atau pun membuat pembelian melebihi points ( total harga dalam lingkungan RM 650 ) untuk mendapat keahlian secara percuma.Anda cuma perlu menghubungi Zana dan Zana akan uruskan urusan pendaftaran atau boleh pergi sendiri ke branch/HQ Shaklee dan mendaftar menggunakan ID Zana 1244278 sebagai sponsor/upline.

Kelebihan menjadi downline Zana ialah Zana akan fully guide anda Insyaallah seehingga anda boleh independent sendiri. Selain itu, seperti yang Zana nyatakan di atas, ihave my own personal group yang sentiasa membantu antara satu sama lain. So, tiada istilah terkapai - kapai bagi anda yang baru nak bermula dengan bisnes nih :).


Yuran keahlian Shaklee.

Pendaftaran ialah sebanyak RM65 ( sekiranya anda pergi sendiri ke branch/HQ untuk ambil  member kit ) dan tambahan RM 10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos ke alamat anda. Jumlahnya ialah RM75 ( jika anda tidak ambil sendiri kit di branch/HQ ).


Tidak perlu untuk Maintain points dalam Shaklee.

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points. Melainkan anda mahu memulakan bisnes dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain atau minimum purchase.

So for those yang berminat ingin menjadi ahli untuk berbisnes atau pun jadi ahli untuk tujuan makan sendiri, boleh contact saya :

 FB : Coet Zana
 IG : ibu_amanialeeyaafifi

And one more thing, Shaklee ada pembelian secara online. Macam ala - ala Zalora dan Lazada. So kalau yang duduk jauh dari branch atau HQ, boleh beli secara online sahaja. Mudah kan??

Yang nak berbisnes lagi lah di alu-alukan.I will guide you on my best insyallah.Kita akan berpegangan tangan bersama-sama menuju puncak kejayaan.Cewahhhh.. :)

Okey, rasanya setakat ini sahaja yang zana  boleh tulis untuk tatapan korang.Jangan lupa hadam okeh.Next entry Zana akan sambung lagi pasal dunia busines Shaklee nih.

Till then, have a nice day

Assalamualaikum :)








Wednesday, 1 February 2017

PETUA MENANGANI SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL


Assalamualaikum

Welcome February ๐Ÿ’›





Sakit belakang badan sering menyerang ibu hamil terutama apabila memasuki trimester ke 2 dan ke 3. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tidak selesa dan tidak dapat menikmati hari - hari dengan sempurna. Sakit belakang atau 'back pain' disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah perubahan postur badan oleh kerana saiz kandungan yang semakin membesar. Selain itu perubahan hormon juga menyumbang kepada sakit belakang kerana perubahan hormon menyebabkan kekenduran kepada ligamen.


Punca dan penyebab kepada sakit belakang badan atau back pain ini mungkin boleh dikurangkan dan dirawat dengan beberapa cara, antaranya ialah :


1. Gunakan tilam dan bantal yang sesuai ketika tidur

Keselesaan sewaktu tidur sangat penting buat ibu mengamdung. Pemilihan tilam dan bantal juga memainkan peranan penting, agar sakit belakang si ibu tidak berlarutan dan postur badan tetap terjaga biarpun kandungan semakin membesar. Jangan gunakan tilam yang terlalu lembut yang akan menyebabkan tulang belakang anda berbentuk curve. Posisi tidur secara mengiring adalah sangat selesa dan memberikan tidur yang berkualiti.


posisi tidur yang selesa buat ibu hamil

2. Lakukan sedikit senaman dan regangan

Senaman ringan dan juga regangan boleh melegakan kesakitan belakang badan anda secara beransur-ansur. Cuba untuk konsisten dan anda pasti akan rasa perbezaannya.



regangan untuk ibu hamil


3. Elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi dan berdiri terlalu lama

Larangan khas buat ibun-ibu hamil yang begitu menitibberatkan penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi bukan sahaja merbahayakan anda dan kandungan, tetapi akan menyebabkan postur badan anda tidak berada di dalam keadaan rilex dan lurus. Keadaan ini menyebabkan sakit tulang belakang terutama apabila kandungan anda semakin membesar. Gunakan kasut berbentuk sandal atau tapak flat yang selesa.


4. Urutan dapat memberikan keselesaan

Ibu hamil memerlukan pihak ketiga bagi menangani sakit belakang anda.Suami terutamanya , haruslah berkomgsi suka dan duka sewaktu proses kehamilan berlangsung. Fahami kemahuan isteri diwaktu sukarnya, ringankan tulang dan tawarkan pertolongan bukan hanya sewaktu diminta. Perhatian suami kepada isteri sewaktu hamil sangat memainkan peranan dalam perubahan fizikal emosi beliau. Urutan dan sentuhan suami mampu melegakan kesakitan belakang isteri dan juga menenang emosi isteri.

Urutan mampu melegakan sakit belakang


5. Supplement membantu meredakan kesakitan dan stress


Ibu hamil selalunya akan kerap terjadinya cramp pada kaki atau pinggang atau orang tua - tua selalu sebut simpul mengkarung.Secara ringkasnya supplement yang diambil dari SET KEHAMILAN SHAKLEE juga membantu dalam menangani masalah sakit belakang. Antara suppleent yang sangat membantu ialah OSTEMATRIX membantu anda dari kekejangan otot dan membina tulang yang lebih kuat.Boleh lihat fungsi Ostematrix pada entry Zana yang lain.