Wednesday, 1 February 2017

PETUA MENANGANI SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL


Assalamualaikum

Welcome February 💛





Sakit belakang badan sering menyerang ibu hamil terutama apabila memasuki trimester ke 2 dan ke 3. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tidak selesa dan tidak dapat menikmati hari - hari dengan sempurna. Sakit belakang atau 'back pain' disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah perubahan postur badan oleh kerana saiz kandungan yang semakin membesar. Selain itu perubahan hormon juga menyumbang kepada sakit belakang kerana perubahan hormon menyebabkan kekenduran kepada ligamen.


Punca dan penyebab kepada sakit belakang badan atau back pain ini mungkin boleh dikurangkan dan dirawat dengan beberapa cara, antaranya ialah :


1. Gunakan tilam dan bantal yang sesuai ketika tidur

Keselesaan sewaktu tidur sangat penting buat ibu mengamdung. Pemilihan tilam dan bantal juga memainkan peranan penting, agar sakit belakang si ibu tidak berlarutan dan postur badan tetap terjaga biarpun kandungan semakin membesar. Jangan gunakan tilam yang terlalu lembut yang akan menyebabkan tulang belakang anda berbentuk curve. Posisi tidur secara mengiring adalah sangat selesa dan memberikan tidur yang berkualiti.


posisi tidur yang selesa buat ibu hamil

2. Lakukan sedikit senaman dan regangan

Senaman ringan dan juga regangan boleh melegakan kesakitan belakang badan anda secara beransur-ansur. Cuba untuk konsisten dan anda pasti akan rasa perbezaannya.



regangan untuk ibu hamil


3. Elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi dan berdiri terlalu lama

Larangan khas buat ibun-ibu hamil yang begitu menitibberatkan penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi bukan sahaja merbahayakan anda dan kandungan, tetapi akan menyebabkan postur badan anda tidak berada di dalam keadaan rilex dan lurus. Keadaan ini menyebabkan sakit tulang belakang terutama apabila kandungan anda semakin membesar. Gunakan kasut berbentuk sandal atau tapak flat yang selesa.


4. Urutan dapat memberikan keselesaan

Ibu hamil memerlukan pihak ketiga bagi menangani sakit belakang anda.Suami terutamanya , haruslah berkomgsi suka dan duka sewaktu proses kehamilan berlangsung. Fahami kemahuan isteri diwaktu sukarnya, ringankan tulang dan tawarkan pertolongan bukan hanya sewaktu diminta. Perhatian suami kepada isteri sewaktu hamil sangat memainkan peranan dalam perubahan fizikal emosi beliau. Urutan dan sentuhan suami mampu melegakan kesakitan belakang isteri dan juga menenang emosi isteri.

Urutan mampu melegakan sakit belakang


5. Supplement membantu meredakan kesakitan dan stress


Ibu hamil selalunya akan kerap terjadinya cramp pada kaki atau pinggang atau orang tua - tua selalu sebut simpul mengkarung.Secara ringkasnya supplement yang diambil dari SET KEHAMILAN SHAKLEE juga membantu dalam menangani masalah sakit belakang. Antara suppleent yang sangat membantu ialah OSTEMATRIX membantu anda dari kekejangan otot dan membina tulang yang lebih kuat.Boleh lihat fungsi Ostematrix pada entry Zana yang lain.

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Baik-baik Je Tau!