Wednesday, 22 March 2017

Tips Meredakan DEMAM PANAS anak




ANAK OH ANAK!!



Sebagai ibu bapa, pasti kita risau jika anak - anak demam. Aku kalau anak - anak demam memang tak tido malam. Risau sangat kot - kot anak tarik. Pengalaman aku menjaga ke 3 3 anak tiap kali demam, huhu...hanya tuhan yang tahu.

Dalam ke 3 3 anak aku, yang paling teruk demam ialah si sulung Sofea Amani. Dari baby sampai la ke umur setahun. Boleh kata kan setiap bulan demam. Nak meniarap demam. Nak merangkak demam. Nak tumbuh gigi demam.. Menjaga si sulung paling mencabar bagi aku. Sebab tiap kali demam suhu badan dia memang panas mencapai 39 - 40 celcius. Panas macam tu siapa tak takut beb. Memang aku jadi zombie la tak tido malam. Jap jap dok chek suhu badan dia takut naik mendadak. Ingat lagi masa umur setahun demam panas sampai addmitted ward. Masa tu aku tengah pregnant si nakai Ecah.

Merasa la chek in ward dengan perut besar time tu. Nasib baik la nurse kat situ baik - baik.Mungkin kesian tengok aku bawak perut sambil jaga anak kot. Siap bagi kerusi malas lagi dekat aku untuk aku baring baring kalau sakit pinggang.hahaha...

Masa ni umur si sofea dalam setahun macam tu

time tengah mengandungkan si ecah si kakak pulak kena addmitted



Meh aku nak share sikit tip - tip yang boleh membantu korang macam mana nak berhadapan dengan situasi kalau anak - anak demam. Terutama ibu bapa baru yang belum berpengalaman lagi.


SENTIASA  SUKAT SUHU BADAN ANAK


Perlu sentiasa chek suhu badan anak dengan termometer yang boleh di dapati di farmasi. Ada murah ada mahal. Boleh beli ikut kemampuan. Yang aku guna termometer murah je. Beli dekat cosway. Aku beli time offer Rm 9.90 je heh heh :)

Aku pakai yang macam gini je. Murah pulak tuh :)


BUKAKAN PAKAIAN ANAK


Ha kalau anak - anak demam, memang aku akan bukak semua baju . Aku biar pakai pampers je. Kalau pakai baju ni dia akan perangkap suhu tu. Jadi badan akan cepat panas. Bila pakai pampers senang aku nak tuam 


TUAM KEPADA DAN BADAN ANAK

Jika badan terlalu panas, sentiasa tuamkan kepala dan badan anak. Air tuaman tu korang boleh campur dengan daun bunga raya, asam jawa, setawar, alove vera dan apa- apa je la petua orang tua - tua yang boleh dipercayai yang boleh untuk turunkan suhu badan anak. Tuam juga dibahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Korang juga boleh menggunakan KOOL FEVER untuk tampal di dahi anak - anak.

Selain itu korang juga perlu mandikan anak sekerap mungkin.

Pokok bunga raya putih baik untuk menurunkan suhu badan.

BERIKAN AIR @ SUSU SEKERAP YANG BOLEH


Berikan anak korang minum air masak secukupnya. Air masak perlu di berikan kerana ketika demam, suhu badan meningkat dan akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian ) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Jika anak masih menyusu, susukan anak korang sekerap yang boleh. Ini kerana di dalam susu ibu terdapat banyak faktor- faktor yang boleh melawan virus dan kuman seperti antibodi ( sIgA, IgG ), sel darah putih, laktoferrin, lysozyme dan banyak lagi. 

Bagi air kosong sekerap yang mungkin


BAGI ANAK MAKAN

Jika anak anda sudah mula makan selain dari susu, cubalah beri makan sebaiknya. Ini kerana anak kita memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melawan jangkitan yang dialaminya. Aku kalau anak - anak demam memang selera makan diorang down terus. So apa aku buat?? Aku bawak gi KFC..haha anak - anak aku kalau demam je mesti nak makan nasi KFC. Aku ikutkan jela.Janji anak makan.

Anak - anak aku kalau demam ini yang selalu diorang minta


SENTIASA BERADA DI SISI ANAK

Anak yang tidak sihat sangat perlukan perhatian dari kita. Sebagai ibu dan ayah perlukan sentiasa berada disamping anak. Macam aku seorang ibu yang bekerja kalau anak - anak demam pastinya aku akan ambil cuti emergency. Nasib aku dapat bos yang memahami. Sentiasa memeluk dan beri semangat kepada anak agar cepat sihat dan katakan padanya " nanti dah sihat  ibu bawa pergi jalan - jalan". Insyaallah anak pasti akan cepat sembuh seperti sediakala. Dan ikuti kemahuannya asalkan tidak keterlaluan.


BERDOA KEPADA ALLAH

Doa seorang ibu adalah yang paling mustajab. Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Sebagai umat islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak - anak serta di beri kesihatan yang baik kepada keluarga. Insyaallah Allah akan perkenankan doa kita. 






BERIKAN ANAK ANDA SUPPLEMENT

Untuk kuatkan imunisasi anak - anak, anda boleh berikan mereka supplement. Shaklee juga terdapat supplement untuk kanak - kanak yang boleh menguatkan imunisasi serta protect badan dari jangkitan.
Antara supplement yang  di sediakan untuk kanak - kanak adalah MEAL SHAKE, VITALEA FOR CHILDREN ,CHEWABLE VITAMIN C DAN NUTRIFERON. Untuk pertanyaan lanjut berkenaan produk Shaklee anda boleh hubungi Zana menerusi whatsapp :)


Sekian, Harap dengan perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada korang . Bye, Assalamualaikum..

Wednesday, 8 March 2017

Bagaimana menangani SEMBELIT ketika berpantang



Assalamualaikum hye :)

Lamanya dak tak menulis nih. Rasa macam bersawang kot blog nih. hehe...biasa lah. Sibuk dengan kerja dan anak- anak. Hari ni baru free nak menjengok blog..




Hari ni nak cerita sikit berkenaan sembelit time pantang nih.  Memang scary dengar kan!! iolss pun masa berpantang  ke 3 3 anak memang risau time time nak membuang. Jangan main- main tau time sembelit masa pantang nih, risiko dia besar. Ada certain ibu bersalin ni jadi trauma bila nak membuang. Pengalaman Zana sendiri memang cukup takut bila terasa nak membuang tu..huhu...Dalam kepala tuh " alamak, macam mana nak teran nih. Boleh ke? dah la jahitan baru lagi.." Soalan - soalan tu pastinya berlegar di fikiran semua ibu - ibu selepas bersalin kan.

Selalunya lepas bersalin, biasa time discas tu doctor akan bekalkan korang ubat pelembut najis. So, u all tak perlu risau dah.  Kalau doktor tak bagi boleh je beli dekat farmasi. Masa dekat hospital hari tu, serius ubat nih memang membantu. Jadi tak perlu risau jahitan/luka terkoyak sebab once dah consume ubat pelembut najis, u akan rasa perut tu macam nak cirit birit..Kira makan ubat tu kejap - kejap ke toilet! haha..tapi doctor pun cakap tak boleh amalkan. Tak boleh bergantung pada ubat.Biar secara semula jadi.

Kalau stop ubat pelembut najis tu, kena make sure u all gantikan dengan makanan yang bersasaskan fibre macam sayur hijau, buah- buahan dan minum air masak banyak-banyak.
Selain itu, beberapa tips lain yang Zana baca untuk elakkan sembelit ketika berpantang :-

1 - Pemakanan

Kena jaga pemakanan semasa dalam pantang. Banyakkan ambil makanan yang berserat, buah buahan dan sayur sayuran. Time pantang ni tak semua sayur korang boleh bedal. bental kang wei.. So zana sarankan sayur sawi je. Buah sup sayur ke..goreng ke.etc..




2.  Air kosong

 Minum air putih banyak banyak.  Air yang cukup bantu untuk elakkan najis jadi keras.Pantang orang dulu dulu tak boleh minum air banyak. Sebab takut bawah tu lambat kering/kembang. Tapi untuk mengelakkan sembelit memang perlu minum air kosong. Untuk pengeluaran susu juga tu :) Cara pengambilan yang betul, minum sedikit-sedikit tapi kerap. Ibu - ibu yang breasfeed , air memang no 1 kena lebih. (perlu air yang cukup untuk hasilkan production susu yang banyak.


Air sekurang-kurangnya 1.5 L sehari

3.  Makan Buah Oren

Buah Oren memang Zana amalkan makan time berpantang. Memang best lah. Membekalkan Vitamin C untuk mempercepatkan luka sembuh dan membantu melawaskan najis. Ikut suka korang la nak makan macam mana. nak buat jus ke ape ke. Janji makan. Dalam pantang ni makan terhad. So jangan semua buah korang boleh bedal. Anggur pun okey makan.!



3.  Supplement

Pengambilan supplement memang banyak membantu terutamanya kalsium dan detox. Zana recommend korang try Alfafa & Ostematrix Shaklee nih. Gandingan 2 ni memang heaven. Alfafa membantu untuk melawaskan, so tak de la rasa macam nak tersekat je buang tu.

Ostematrix pula membantu melembutkan najis. So, bila dah membuang badan pun akan rasa lebih ringan dan rasa lebih sihat.  So, bila time nak membuang tak de la u all moody moody menahan sakit.




Kalau korang tengah get ready untuk bersalin dan serik untuk kena sembelit macam dulu, ibu - ibu boleh cuba amalkan Alfafa dan Ostematrix nih :)
Okey itu jelah yang boleh share :) So far kalau korang berminat nak dapatkan 2 benda nih dan supplement Shaklee yang lain boleh order dengan Zana.

Bye-bye, Assalamualaikum...