ANAK OH ANAK!!
Sebagai ibu bapa, pasti kita risau jika anak - anak demam. Aku kalau anak - anak demam memang tak tido malam. Risau sangat kot - kot anak tarik. Pengalaman aku menjaga ke 3 3 anak tiap kali demam, huhu...hanya tuhan yang tahu.
Dalam ke 3 3 anak aku, yang paling teruk demam ialah si sulung Sofea Amani. Dari baby sampai la ke umur setahun. Boleh kata kan setiap bulan demam. Nak meniarap demam. Nak merangkak demam. Nak tumbuh gigi demam.. Menjaga si sulung paling mencabar bagi aku. Sebab tiap kali demam suhu badan dia memang panas mencapai 39 - 40 celcius. Panas macam tu siapa tak takut beb. Memang aku jadi zombie la tak tido malam. Jap jap dok chek suhu badan dia takut naik mendadak. Ingat lagi masa umur setahun demam panas sampai addmitted ward. Masa tu aku tengah pregnant si nakai Ecah.
Merasa la chek in ward dengan perut besar time tu. Nasib baik la nurse kat situ baik - baik.Mungkin kesian tengok aku bawak perut sambil jaga anak kot. Siap bagi kerusi malas lagi dekat aku untuk aku baring baring kalau sakit pinggang.hahaha...
![]() |
Masa ni umur si sofea dalam setahun macam tu |
![]() |
time tengah mengandungkan si ecah si kakak pulak kena addmitted |
Meh aku nak share sikit tip - tip yang boleh membantu korang macam mana nak berhadapan dengan situasi kalau anak - anak demam. Terutama ibu bapa baru yang belum berpengalaman lagi.
SENTIASA SUKAT SUHU BADAN ANAK
Perlu sentiasa chek suhu badan anak dengan termometer yang boleh di dapati di farmasi. Ada murah ada mahal. Boleh beli ikut kemampuan. Yang aku guna termometer murah je. Beli dekat cosway. Aku beli time offer Rm 9.90 je heh heh :)
![]() |
Aku pakai yang macam gini je. Murah pulak tuh :) |
BUKAKAN PAKAIAN ANAK
Ha kalau anak - anak demam, memang aku akan bukak semua baju . Aku biar pakai pampers je. Kalau pakai baju ni dia akan perangkap suhu tu. Jadi badan akan cepat panas. Bila pakai pampers senang aku nak tuam
TUAM KEPADA DAN BADAN ANAK
Jika badan terlalu panas, sentiasa tuamkan kepala dan badan anak. Air tuaman tu korang boleh campur dengan daun bunga raya, asam jawa, setawar, alove vera dan apa- apa je la petua orang tua - tua yang boleh dipercayai yang boleh untuk turunkan suhu badan anak. Tuam juga dibahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Korang juga boleh menggunakan KOOL FEVER untuk tampal di dahi anak - anak.
Selain itu korang juga perlu mandikan anak sekerap mungkin.
![]() |
Pokok bunga raya putih baik untuk menurunkan suhu badan. |
BERIKAN AIR @ SUSU SEKERAP YANG BOLEH
Berikan anak korang minum air masak secukupnya. Air masak perlu di berikan kerana ketika demam, suhu badan meningkat dan akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian ) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian.
Jika anak masih menyusu, susukan anak korang sekerap yang boleh. Ini kerana di dalam susu ibu terdapat banyak faktor- faktor yang boleh melawan virus dan kuman seperti antibodi ( sIgA, IgG ), sel darah putih, laktoferrin, lysozyme dan banyak lagi.
![]() |
Bagi air kosong sekerap yang mungkin |
BAGI ANAK MAKAN
Jika anak anda sudah mula makan selain dari susu, cubalah beri makan sebaiknya. Ini kerana anak kita memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melawan jangkitan yang dialaminya. Aku kalau anak - anak demam memang selera makan diorang down terus. So apa aku buat?? Aku bawak gi KFC..haha anak - anak aku kalau demam je mesti nak makan nasi KFC. Aku ikutkan jela.Janji anak makan.
![]() |
Anak - anak aku kalau demam ini yang selalu diorang minta |
SENTIASA BERADA DI SISI ANAK
Anak yang tidak sihat sangat perlukan perhatian dari kita. Sebagai ibu dan ayah perlukan sentiasa berada disamping anak. Macam aku seorang ibu yang bekerja kalau anak - anak demam pastinya aku akan ambil cuti emergency. Nasib aku dapat bos yang memahami. Sentiasa memeluk dan beri semangat kepada anak agar cepat sihat dan katakan padanya " nanti dah sihat ibu bawa pergi jalan - jalan". Insyaallah anak pasti akan cepat sembuh seperti sediakala. Dan ikuti kemahuannya asalkan tidak keterlaluan.
BERDOA KEPADA ALLAH
BERIKAN ANAK ANDA SUPPLEMENT
Untuk kuatkan imunisasi anak - anak, anda boleh berikan mereka supplement. Shaklee juga terdapat supplement untuk kanak - kanak yang boleh menguatkan imunisasi serta protect badan dari jangkitan.
Antara supplement yang di sediakan untuk kanak - kanak adalah MEAL SHAKE, VITALEA FOR CHILDREN ,CHEWABLE VITAMIN C DAN NUTRIFERON. Untuk pertanyaan lanjut berkenaan produk Shaklee anda boleh hubungi Zana menerusi whatsapp :)
Sekian, Harap dengan perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada korang . Bye, Assalamualaikum..

No comments:
Post a Comment
Komen Yang Baik-baik Je Tau!