Adakah anda mengalami kencing manis ketika hamil? Tentu hairan kenapa terjadinya kencing manis sedangkan sebelum hamil, anda tiada masalah pun.Rasanya ramai ibu - ibu hamil yang menghadapi masalah seperti ini kan??Entry kali ni, Zana nak share sedikit info untuk anda, khususnya bakal - bakal ibu yang baru mengenai kencing manis ketika hamil.Jom kita kenali dulu.....
Apa itu GDM ?
GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi.GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil.Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil.Tahukah anda, GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriskaan berkala kehamilan.Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.
Berapa bacaan paras gula untuk GDM ?
Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai risiko mengidapi GDM.Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai penghidap GDM atau diabetes gestasi.
Bagaimana GDM boleh berlaku ?
Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/ glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.
Adakah GDM merbahaya dan membawa kesan buruk?
Ya, terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran.Perlu diketahui bahawa wanita yang hamil dan menghidapi diabetes gestasi atau GDM adalah merupakan kehamilan berisiko tinggi.Jelas, diabetes adalah sangat - sangat merbahaya kepada semua terutamanya ibu hamil.
APAKAH SIMPTOM KENCING MANIS KETIKA HAMIL
Penyakit ini selalunya dikesan melalui saringan air kencing yang dibuat oleh ibu hamil setiap kali melakukan pemeriksaan berkala di klinik.
Simptom - simptom ini kelihatan sama sahaja dengan simptom yang dilihat pada pesakit - pesakit diabetes type 1 dan type 11.Sekiranya anda mempunyai simptom seperti ini, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.:
1. Lesu dan Keletihan
Apabila gula dalam darah tidak ditukar menjadi tenaga sebab insulin tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara automatik badan akan mendapat kesan dari tiadanya tindak balas itu. Kesannya adalah keletihan dan kelesuan yang tanpa disedari sebenarnya merbahayakan kesihatan ibu dan bayi.
![]() |
Letih dan lesu |
2. Membuang air kecil dengan banyak dan kerap.
Semasa hamil, simptom kerap membuang air kecil adalah biasa. Tetapi , jika anda membuang air kecil secara banyak dan kerap, mungkin ada sesuatu, antaranya GDM. Kencing yang banyak akan mengurangkan air dalam badan dan menyebabkan badan terhidrat. Juga tidak bagus untuk anda dan bayi yang dikandung.
3. Dahaga yang melampau
Sama seperti penghidap diabees type 1 dan type 11, rasa kerap dahaga dan 'craving' untuk minum manis adalah sangat nyata. Kadang kala, terbangun waktu malam tiba-tiba rasa tekak sangat dahaga.Simptom dahaga melampau berkait rapat dengan simptom kedua tadi.
![]() |
Kerap dahaga |
4. Penglihatan Kabur
Penglihatan kabur ada kena mengena dengan saraf, saraf mata adalah sangat sensitif, jika kadar gula dalam darah tinggi.Akan berlaku keradangan pada saraf - saraf terutamanya mata. Jangan biarkan terutamanya ketika anda sedang hamil. Jika terus dibiarkan anda akan menjadi rabun ata hilang penglihatan.
AMALAN PEMAKANAN YANG HARUS DIAMBIL OLEH IBU HAMIL YANG MENGHIDAP KENCING MANIS
Salah satu sumber tenaga bagi badan kita adalah glukos (gula).Badan kita menggunakan sejenis hormon yang dipanggil insulin untuk mengawal jumlah gula dalam darah dan tukarkan kepada bahan bakar untuk digunakan oleh badan.Jika penghidap mendapat kencing manis ketika hamil, badan tidak dapat menghasilkan insulin dengan baik.
Jadi cara terbaik untuk mengawal gula dalam darah adalah dengan menjaga diet harian dan bersenam setiap hari.Tetapi haruslah diingat, anda perlu berhati - hati ketika berdiet untuk mengelakkan tahap gula dalam darah terlalu rendah atau naik mendadak.
BAGAIMANA SAYA PERLU BAIKI DIET SAYA KETIKA HAMIL
1) Sarapan pagi
Makan sarapan yang sihat dapat membantu mengawal gula dalam darah sepanjang hari. Cuba ambil sarapan yang rendah GI. Sebagai contoh, bubur- ia bagus kerana ia melepaskan tenaga secara perlahan dan setara.Boleh juga ambil telur separuh masak atau roti yang mengandungi bijirin penuh.
2) Makan Pelbagai jenis Makanan Sihat di waktu Siang
Makan sedikit tetapi kerap dalam kuantiti yang sedikit.Pastikan makan makanan yang tinggi dengan serat. Ini kerana makanan yang kaya dengan serat rendah GI. Banyakkan ambil :
3) 5 Hidangan Setiap Hari
Pastikan anda makan sekurang - kurangnya lima hidangan setiap hari :
Contoh :-
- Campurkan buah - buahan kedalam bijirin atau yogurt anda
- Tambah salad kedalam sandwich sewaktu makan tengahari
- Pilih 2 jenis sayur dalam hidangan waktu makan utama
- jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek
- Amalkan Vita-lea Shaklee kerana vitalea ini merupakan multivitamin yang lengkap dengan 19 vitamin dan mineral yang membantu menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu.
4) Kurangkan Lemak Terutamanya Lemak Tepu
- Banyakkan makan makanan rebus dan panggang
- Guna minyak zaitun atau bunga matahari untuk memasak
- Gantikan mentega dengan sapuan lain selain minyak tebu
- Buangkan lemak pada daging dan ayam (kulit)
5) Jangan Tinggal Waktu Makan
Setiap hari makan pada waktu tepat.Cara ini dapat stabilkan tahap gula dalam darah anda.
6) Kurangkan Makan dan Minuman Manis
Kurangkan pengambilan gula, minuman berkarbonat,Makanan ini mengandungi gula ringkas yang boleh meningkatkan lagi kadar gula dalam darah.
7) Apakah Akan Terjadi Sekiranya Saya Tidak Dapat Mengawal Kencing Manis saya ?
Mencegah lebih baik dari merawat.Malah anda perlu mengawal nafsu dan kehendak makan.Ibu hamil memang kebiasaannya mempunyai keinginan makan yang tinggi.Bila sudah tidak terkawal anda perlu ambil insulin atau ubatan.Jadi untuk mengelakkan ini terjadi anda perlu ;
- Mengawal pemakanan
- Banyakkan minum air kosong
- Jangan tinggal makan
- Ambil buah jika lapar
- Membuat senaman ringan
- Mengambil supplement untuk melengkapkan keperluan harian anda.
8) Supplement Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil ada Kencing Manis.
1. B-Complex - 1 tab daily
Tak perlu ambil folic asid, kerana B-Complex dah lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid folic.Asid folic penting untuk pertumbuhan bayi dan mengelakkan spina bifida.
2 . Vita -Lea with iron - 1 tab daily
Vita-lea ni multivitamin.Jadi bila ambil ni tak perlu ambil obimin lagi.Vita-lea sesuai untuk menaikkan paras hemoglobin atau HB ibu hamil.
3. Vita C- 1 tab daily
Bersifat sunstains release.Jadi tubuh akan sentiasa cukup vitamin c.Mencerahkan kulit secara semulajadi.
4. Ostematrix - 4 tab daily
Setiap tablet mengandungi 250 mg kalsium.Ibu mengamdung memerlukan 1000mg- 1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat & gigi untuk baby.Jika minum susu penuh kalsium 2 gelas sehari, ambil ostematrix 2 biji sehari sudah mencukupi.Bagus untuk sakit - sakit dan lenguh - lenguh badan.
5. ESP
ESP memberikan tenaga berterusan supaya ibu hamil tidak mudah letih plus mencantikkan kulit.
6. Omega Guard - 1 tab daily. ( sesuai diambil ketika trimester ke 2 dan ke 3)
DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.Bagi ibu hamil Omega guard membantu menurunkan paras kolestrol serta membantu mengawal berat badan.
3. Vita C- 1 tab daily
Bersifat sunstains release.Jadi tubuh akan sentiasa cukup vitamin c.Mencerahkan kulit secara semulajadi.
4. Ostematrix - 4 tab daily
Setiap tablet mengandungi 250 mg kalsium.Ibu mengamdung memerlukan 1000mg- 1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat & gigi untuk baby.Jika minum susu penuh kalsium 2 gelas sehari, ambil ostematrix 2 biji sehari sudah mencukupi.Bagus untuk sakit - sakit dan lenguh - lenguh badan.
5. ESP
ESP memberikan tenaga berterusan supaya ibu hamil tidak mudah letih plus mencantikkan kulit.
6. Omega Guard - 1 tab daily. ( sesuai diambil ketika trimester ke 2 dan ke 3)
DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.Bagi ibu hamil Omega guard membantu menurunkan paras kolestrol serta membantu mengawal berat badan.

No comments:
Post a Comment
Komen Yang Baik-baik Je Tau!