Friday, 27 January 2017

Kenapa berlakunya Healing Crisis selepas Pengambilan Supplement Shaklee

Assalamualaikum semua :)

Setiap kali Zana consult customer yang beli supplement Shaklee, Zana pasti akan ingatkan kesan selepas makan suplemen dalam Shaklee.Pasti nya semua yang makan suplement ni nak dapatkan kesan yang terbaik kan.Tetapi, ada juga yang makan Shaklee ni dapat kesan yang tidak seperti yang diinginkan.Kenapa? Whyyyy ?





Itu adalah kesan penyembuhan ( Healing Crisis )

So, Zana akan share sedikit info berkenaan Healing Crisis ni yang berlaku pada sesetengah orang selepas mengambil supplement Shaklee nih.

FAQ berkenaan Healing Crisis


Q : Apakah yang dimaksudkan dengan kesan penyembuhan ( Healing Crisis )?


A : Kesan penyembuhan merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel - sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyirkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan.

Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai kesan penyembuhan.Dalam perubatan cina, Penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan kesan penyembuhan.


Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil supplement atau makanan tambahan ?


A : Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menembahkan pengambilan nutrien , nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan.Dan tindak balas ini akan meransang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan , penyingkiran , menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain - lain lagi dengan berkesan.

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit , lebih banyak pergerakan usus dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.Bayangkan lah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran - kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu.Tetapi selepas karat itu di singkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.Begitulah juga dengan badan kita yang mengalami kesan penyembuhan. :)


Q : Adakah kesan penyembuhan petanda yang baik ?


A : Ya. Kesan penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang di ambil benar - benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semula jadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, kesan penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat seperti mana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapatkan tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama ?


A : Setiap orang adalah berbeza.Sesetengah individu akan mengalami kesan penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza.Lebih banyak toksin dalam badan, lebih teruk lagi kesan penyembuhan.


Q : Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi kesan penyembuhan ini ?


A : Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mengkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q : Ramai orang yang bertambah baik selepas mengambil supplement, tetapi walaupun saya masih mengambil supplement, saya masih tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa ?


A : Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan supplement, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya. Contohnya, tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain - lain lai.



Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  • Takut kepada Healing Crisis, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh.
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana - mana rawatan mahu pun makanan tambahan.
  • Mengalami masalah emosi

16 Healing Crisis dan Petandanya sebagai Rujukan buat anda

1  #  Healing Crisis  : Sakit Kepala
        Penyebab / Petanda  : Badan mempunyai tekanan darah tingi, berlaku proses menyahtoksin.

2  #  Healing Crisis  : Demam
        Penyebab / Petanda  : Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Meransang fungsi               imunisasi badan

3  #  Healing Crisis  : Cirit - Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
        Penyebab / Petanda : Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan             sisa - sisa dalam usus besar

4  # Healing Crisis : Kembung Perut
       Petanda / Penyebab : Sistem penghadaman yang lemah.

5 #  Healing Crisis : Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
       Petanda / Penyebab : Fungsi Hati yang lemah, Usus Besar yang tidak sihat.

6 #  Healing Crisis : Penghasilan Lendir seperti selsema, dan kahak.
       Petanda / Penyebab : Fungsi paru - paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda                        menyahtoksin 

7 #  Healing Crisis : Pendarahan Hidung

       Petanda / Penyebab : Mungkin tanda anda kekurangan darah

8 # Healing Crisis : Rasa sakit pada otot dan sendi
      Petanda / Penyebab : Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.

9 # Healing Crisis  : Peningkatan rasa Sakit pada badan yang bermasalah.
      Petanda / Penyebab : Mempercepat proses penyembuhan

10 # Healing Crisis : Tidur yang bermasalah atau Terlalu Aktif
      Penyebab / Petanda : Sistem saraf yang lemah

11 # Healing Crisis : Kitaran Haid yang Tidak Menentu , Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang          banyak 
     Penyebab / Petanda : Ketidakstabilan Hormon, Proses membetulkan semula Kitaran Hormon

12 # Healing Crisis : Pendarahan Ketika membuang Air
     Penyebab / Petanda : Kemungkinan anda ada penyakit Buasir.

13 # Healing Crisis : Pening, Lapar
     Penyebab / Petanda : Tekanan Darah Rendah, Anemia ( kurang darah merah )

14 # Healing Crisis : Loya, Sembelit, Tersedu
     Penyebab / Petanda : Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati

15 # Healing Crisis : Edema ( bahagian badan membengkak )
    Penyebab / Petanda : Masalah Buah Pinggang

16 # Healing Crisis : Lesu, Mengantuk
    Penyebab / Petanda : Badan Berasid, Fungsi Hati Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat


Sumber : http:// www.greewellness.my/page-10697.html


Selain supplement, the same goes to skin care as well. Kalau sebelum nih anda pernah menggunakan produk skin care yang mengandungi merkuri, hydroquinenone atau bahan lain yang berbahaya, kemudian anda bertukar kepada produk yang natural, berkemungkinan besar pada awalnya kulit anda akan mengalami Healing Crisis yang teruk seperti keluar jerawat, menjadi semakin kusam, gatal - gatal , ruam dan sebagainya.


Teruskan pemakaian produk yang natural di sertai dengan mengamalkan supplement dan minum air kosong yang mencukupi insyaAllah selepas ini kulit anda akan lebih berseri -  seri dan flawless! Cuma perlukan kesabaran dan konsisten jer dalam pemakaian.


Semoga sharing ini boleh di jadikan sebagai rujukan dan panduan buat anda semua. InsyaAllah, bersama - sama kita menjaga kesihatan dan kecantikan diri untuk kehidupan yang lebih aktif dan produktif. :)

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Baik-baik Je Tau!